suria

Da'i Farhan buat laporan polis dan saman rakan baik isterinya - “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dapat mudarat”

Nik Farhan membuat laporan polis terhadap beberapa individu yang memfitnah dirinya.

KONTROVERSI perkahwinan pendakwah Da'i musim kedua iaitu Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad terus mendapat perhatian apabila dia tampil membuat laporan polis dan tuntutan saman terhadap rakan baik isteri pertamanya, Ches Al-Maliki.

Selain Ches, beberapa individu lain yang didakwa telah melakukan fitnah terhadap dirinya turut tersenarai sebagai individu yang bakal diambil tindakan undang-undang.

ARTIKEL BERKAITAN: Apa dah jadi? Da'i Farhan didakwa nikah janda anak lapan secara rahsia, isteri pertama pula sedang hamil

ARTIKEL BERKAITAN: “Fitnah mungkin kerana dendam isteri tak beli rumah dengan dia” - Da'i Farhan jawab dakwaan nikah janda anak lapan secara rahsia

Menurut Nik Farhan, dua laporan polis juga telah dibuat bagi meneruskan tindakan selanjutnya.

Antara posting yang dimuat naik Nik Farhan di laman Instagram pada khamis.

"Alhamdulillah dah selesai semalam. Dua laporan polis dan dua tuntutan saman telah dikemukakan buat si dia dan beberapa orang penfitnah tegar di media sosial yang telah disenaraikan nama-nama mereka.

"Semoga mereka berbahagia selalu. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dapat mudarat," tulisnya.

Nik Farhan memuat naik posting berkenaan menerusi laman Instagram miliknya pada Khamis.

Terdahulu, Nik Farhan mendedahkan sudah bernikah dengan seorang janda anak lapan di Tanah Suci Makkah.

Dua laporan polis dan dua tuntutan saman telah dikemukakan buat si dia dan beberapa orang penfitnah tegar.

NIK FARHAN

Ustaz selebriti

Menurutnya, dia nekad memperisterikan wanita itu demi menjaga kebajikan wanita berkenaan bersama lapan anaknya yang lain.

Perkongsian Nik itu mendapat perhatian ramai termasuk kenalan rapat isteri pertama Nik Farhan iaitu Ches Al-Maliki yang kemudiannya membuat surat terbuka mendakwa kononnya perkahwinan pendakwah bebas dengan isteri keduanya itu berlaku tanpa pengetahuan isteri pertama.

Lebih memeritkan apabila isteri pertama dikenali sebagai Fatin itu kini sedang sarat hamil anak kedua mereka.

Dai Farhan, saman

Artikel Lain