suria

“Tolong beri kami kebebasan pilih pelakon!” - Mat London salahkan stesen TV beri muka artis ‘telur setengah masak’

Mat London meluahkan rasa kesal terhadap stesen televisyen tempatan yang menyekat kebebasan pengarah dalam memilih barisan pelakon yang diingini.

PENERBIT dan pengarah filem, Dr Ahmad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mat London kesal dengan tindakan stesen televisyen tempatan yang menyekat kebebasan pihak produksi untuk memilih barisan pelakon yang mereka inginkan.

Mat London yang juga Presiden, Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) yang berkata, stesen televisyen hanya mengutamakan pelakon baharu yang memiliki ramai pengikut di media sosial namun gagal menghayati setiap watak yang diberikan kepada mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: FDAM Kesal Campur Tangan Pihak GAFIM

ARTIKEL BERKAITAN: Fadilah Mansor Tidak Lapor Cerai Ke Mahkamah Kerana Sangka Kekal Menjanda

"Ini ibarat satu paksaan terhadap pengarah dan penerbit untuk memilih artis. Nak tak nak, mereka dah letak harga dan kita terpaksa ambil berlakon. Penerbit pula tak ada jalan keluar, terpaksa potong elaun pengarah, kru dan lain-lain bayaran semata-mata untuk bayar artis baru yang mahal itu.

"Adakah ini patut? Adakah ini demokrasi? Adakah ini suatu etika? Stesen TV tolong stop, stop, stop! Hentikan. Tak semestinya letak artis 'telur setengah masak' ini boleh menjayakan sesebuah drama. Kalau stesen TV sendiri tak mahu tonjolkan artis yang berkualiti, bagaimana iklan nak tahu?

Mat London mendakwa isu masalah bayaran berpunca daripada pihak stesen TV.

"Antara alasan yang mereka berikan adalah kekurangan bajet. Kenapa kurang bajet? Sebab semua dah pergi kepada artis baharu yang minta bayaran tinggi, tidak setimpal dengan pengalaman dan lakonannya. 

"Saya salahkan semuanya kepada stesen TV. Please stop from naming any artist. Mereka nak kerja senang buat branding dan marketing dengan panggil saja artis yang popular," ujarnya kepada mStar.

Mat London merupakan presiden baharu FDAM yang menang dalam pemilihan lepas menewaskan Mahadi J. Murat

Dalam pada itu, Mat London berkata isu bayaran yang sering menjadi keluhan dalam kalangan anak seni berpunca daripada sikap pilih bulu stesen televisyen yang terlalu mengagung-agungkan pelakon baharu.

Menurutnya, ramai antara mereka akan bersikap seperti 'kaduk naik junjung' selepas mencapai populariti dan mula meletakkan harga bayaran mahal, tidak setanding dengan bakat lakonan dimiliki.

Homework tak buat, serba-serbi mengharapkan penerbit untuk membantu mereka... situasi seperti ini tidak berlaku pada lima ke 10 tahun yang lalu.

MAT LONDON

PRESIDEN FDAM

"Sepatutnya stesen TV beri ruang kepada penerbit dan pengarah untuk menamakan artis-artis pilihan mereka. Kami lebih tahu siapa yang sesuai untuk sesuatu watak. Stesen TV tak sepatutnya memilih artis-artis kegemaran mereka sedangkan tidak tahu permasalahan sebenar yang dihadapi oleh kami ketika penggambaran.

"Kebanyakan pelakon sekarang tidak menghayati dan hanya membaca skrip. Mereka baca pada watak yang perlu dibawa saja itupun melalui sinopsis. Jadi, di manakah keistimewaannya?

"Homework tak buat, serba-serbi mengharapkan penerbit untuk membantu mereka... situasi seperti ini tidak berlaku pada lima ke 10 tahun yang lalu," ujarnya.

Selain itu, pengarah filem Kantoi ini turut berasa pelik apabila pihak stesen TV ibarat menutup mata apabila kebanyakan drama yang ditayangkan kini didakwanya melanggar elemen penting dalam penghasilan sesebuah karya.

Mat London  (kiri) turut meluahkan rasa kecewa terhadap sikap pelakon yang tiada adab.

"Lebih kecewa apabila ada artis beritahu penerbit yang mereka tak mahukan pengarah itu atau tidak sukakan sesuatu skrip itu. Apahal ni? Sudah tak ada disiplinkah?

"Apabila datang set, tak tahu hormati pengarah, orang di belakangnya dan orang tua dan dewasa di dalam set itu. Dia masuk, bawa baju dengan pembantunya, tengok watak kemudian terus berlakon tanpa mentelaah, berbincang dengan pengarah.

"Lagi satu, content drama pun stesen TV tak pernah tengok. Kebanyakan drama tidak logik tapi kenapa TV boleh lepas? Kata ada panel?" soalnya.

Mat London, stesen televisyen

Artikel Lain