“Minta perhatian untuk dapat job ke ni?” - Penampilan Fathia Latiff sambut hari jadi dikecam, pakai baju tayang dada - Hiburan | mStar

“Minta perhatian untuk dapat job ke ni?” - Penampilan Fathia Latiff sambut hari jadi dikecam, pakai baju tayang dada

Fathia menyambut ulang tahun kelahiran ke-32 baru-baru ini. Foto Instagram @fatiyalatiff

PENAMPILAN pelakon Fathia Latiff ketika meraikan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-32 pada malam Isnin mengundang kritikan netizen di laman sosial.

Ini berikutan pelakon Ariana Rose itu mengayakan pakaian yang kelihatan terlalu seksi dan mencolok mata.

Dalam majlis tersebut, Fathia mengenakan tube top berwarna emas bersama jaket hijau dan berseluar panjang berwarna hitam.

ARTIKEL BERKAITAN: Fathia Latiff buat hal lagi tayang gambar tak bertudung, netizen kata mungkin depresi

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tidak mahu berselindung lagi, sedar berhijab kerana rasa kecewa”- Fathia tampil rambut pendek

Segelintir netizen menganggap pakaian itu tidak sesuai dengan imej wanita Melayu apabila menampakkan bahagian dadanya.

Tambahan pula, Fathia sebelum ini pernah mengenakan hijab namun mengambil keputusan untuk tidak bertudung pada April lalu.

Fathia menutup ruangan komen pada foto yang dikongsi di Instagram.

Menerusi Instagram, Fathia memuat naik tiga keping foto semasa majlis tersebut dengan tanda pagar #itsmybirthday.

Bagaimanapun, dia menutup ruangan komen berkemungkinan bimbang dengan kecaman dan kata-kata netizen.

Minta perhatian untuk dapat job ke ni? Kasihan

KOMEN NETIZEN

Walaupun begitu, foto 'seksi' itu menjadi tular apabila ia dikongsi oleh beberapa blog hiburan di laman sosial.

Rata-rata netizen menyuarakan rasa kurang senang dengan pakaian yang digayakan itu dan berharap Fathia kembali ke pangkal jalan.

"Subhanallah, kata tutup aurat, kenapa baju sampai nak telanjang.

Komen netizen pada satu foto yang dikongsi di akaun Instagram sebuah portal hiburan.

"Kenapa jadi macam ni ya? Dah elok-elok pakai tudung dulu, tak ada gaya wanita muslimah langsung.

"Minta perhatian untuk dapat job ke ni? Kasihan," tulis netizen.

Pada April lalu, Fathia Latiff mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen apabila memuat naik foto tidak bertudung di laman sosial Instagram miliknya.

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, memuat naik foto berkenaan dengan kapsyen "The star is still bright even in the dark" (bintang masih berkilauan walaupun dalam gelap).

Beberapa hari kemudian, Fathia mengumumkan dia tidak lagi bertudung dan tampil dengan imej berambut pendek.

Fathia Latiff

Artikel Lain