Peminat kecewa tak dapat jumpa Kim Jae Hwan, acara dibatal saat akhir kerana tidak dapat permit - Hiburan | mStar

Peminat kecewa tak dapat jumpa Kim Jae Hwan, acara dibatal saat akhir kerana tidak dapat permit

Peminat berkumpul sejak pukul 6 petting. FOTO Twitter.

ACARA bertemu peminat penyanyi Korea Selatan, Kim Jae-hwan Fan Meeting (MIND:D) in Kuala Lumpur 2019 di Stadium Tertutup Malawati Shah Alam, terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir.

Penganjur, UnUsUaL Entertainment dalam satu kenyataan meluahkan rasa kesal kerana gagal untuk mendapatkan permit bagi acara berkenaan.

“Kami berasa rendah hati dan kesal memberitahu Kim Jae-hwan Fan Meeting in Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan berikutan permit yang dipohon untuk acara ini tidak diluluskan.

“Kami kesal kerana pemberitahuan lewat ini kerana kami sudah berusaha keras  untuk mendapatkan permit konsert, namun usaha kami tidak berjaya,” ujarnya kenyataan itu.

Acara sepatutnya berlangsung pada pukul 6 petang dibatalkan saat akhir.

Pihaknya turut berjanji untuk mengembalikan semula wang bagi tiket yang dibeli dalam masa terdekat.

Bekas anggota kumpulan Wanna One itu sepatutnya dijadualkan mengadakan acara bertemu peminat sulungnya selepas membuat keputusan bergerak solo.

Rata-rata peminat yang berkumpul di perkarangan stadium sejak pukul 12 tengah hari meluahkan rasa kecewa dan ada yang menangis berikutan pembatalan tersebut diberitahu ketika mereka sudah berada di lokasi berkenaan.

Segelintir peminat berasa sedih berikutan sudah mengeluarkan kos yang bank untuk datang ke acara itu terutamanya peminat daripada Korea Selatan dan Thailand. 

Kim Jae Hwan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain