“Hati saya kini tertutup rapat untuk terima lelaki” - Bella harap Aliff dapat lupakan dirinya jika tiada jodoh

Bella ingin teruskan kehidupan dan enggan bermusuh.

BEKAS isteri penyanyi Aliff Aziz iaitu Bella Astillah memberitahu hatinya tertutup rapat untuk menerima mana-mana lelaki sebagai teman hidup buat masa ini.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 25, berkata, dia membuat keputusan itu kerana ingin fokus terhadap keluarga dan mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan.

ARTIKEL BERKAITAN:“Ya Allah satukanlah jodoh kami” - Aliff Aziz mahu rujuk Bella semula

ARTIKEL BERKAITAN: “Aliff bijak, cuma imannya kurang” - Bella Astillah rayu bantu Aliff Aziz, jangan sorak gembira

"Buat masa sekarang saya rasa masih terlalu singkat dan belum fikir soal jodoh.

"Saya hanya nak fokus pada dua benda iaitu keluarga dan cari rezeki. Insyallah, saya akan bawa mama dan ayah tunai Umrah pada November nanti.

"Hati saya betul-betul tertutup rapat untuk mana-mana lelaki buat masa ini,” katanya kepada mStar.

Bella Astillah dan Aliff berkahwin pada September 2016.

Bella ditemui pada sidang media Majlis Pelancaran lagu rasmi Starlela & Tour Star Vendors Sabah Mega Fest 2019 di Red Box The Garden, Kuala Lumpur pada Isnin.

Ketika disoal mengenai peluang kedua untuk menerima bekas suaminya itu, Bella berkata, dia menyerahkan segalanya kepada takdir.

Namun, sekiranya tiada jodoh antara mereka, Bella mengharapkan Aliff dapat melupakan dirinya dan meneruskan kehidupan baharu.

“Nak kata serik itu tidak sebab setiap pasangan yang berumah tangga pasti akan merasai ujian yang begini.

“Saya anggap ia takdir saya. Mungkin saya kena muhasabah diri dan perbaiki kekurangan yang saya tak nampak selama ini.

Hati saya betul-betul tertutup rapat untuk mana-mana lelaki buat masa ini.

BELLA ASTILLAH

BEKAS ISTERI ALIFF AZIZ

“Kalau jodoh saya bersama Aliff, Alhamdulillah tapi kalau tidak pun saya harap masing-masing boleh move on dan bahagia kerana saya tak mahu bermusuh,” katanya.

Aliff sebelum ini memberi bayangan untuk rujuk kembali selepas mereka bercerai pada 15 Mei lalu.

Aliff dan Bella berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakna seorang anak lelaki iaitu Mohamed Ayden Adrean yang kini berusia 2 tahun.

Penyanyi dan pelakon itu beberapa kali kantoi berlaku curang sehingga Bella nekad untuk meneruskan kehidupan bersama anaknya sahaja tanpa Aliff.

Bella Astillah, Aliff Aziz

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain