suria

“Kak pinggan pecah oiii... kantoi!” - Netizen berpusu-pusu sakat Fouziah Gous kes 'cover' malu pinggan pecah

Fouziah terkejut demonstrasi pinggan tahan lasak tidak menjadi.

DEMONSTARSI pelakon Fauziah Gous ketika mengacarakan sebuah rancangan beli-belah di televisyen tidak menjadi apabila pinggan yang dikatakan tahan lasak itu pecah berderai ketika dilepaskan ke lantai.

Rakaman video berdurasi 13 saat yang tular di media sosial itu turut memperlihatkan reaksi pelakon tersebut yang terkejut.

"Saya nak tunjukkan jika anda terlepas, saya bukanlah kata mudah pecah

"Saya nak tunjuk... Allahuakbar. Saya rasa ni yang dah banyak kali campak, saya minta maaf," ujarnya dalam rancangan yang bersiaran langsung di sebuah stesen televisyen berbayar.

Rakaman kejadian turut dikongsi pengguna Twitter sehingga ia menjadi viral.

ARTIKEL BERKAITAN: "Kalau saya baik tak pakai macam ni" - Fouziah Gous akui sedang berusaha jadi insan lebih baik

ARTIKEL BERKAITAN: Penampilan bertudung Fouziah Gous selepas tunai haji dipuji peminat

Rata-rata netizen menganggap kejadian itu sebagai lucu, malah ada juga yang mempersendakan kenyataan yang dikeluarkan pelakon itu.

Tidak kurang juga ada menganggap ia sekadar publisiti murahan bagi menaikkan rating program tersebut.

Instagram Fouziah mula dihujani komen-komen nakal dari netizen.

Susulan itu Instagram Fouziah mula dihujani dengan komen-komen nakal netizen.

Walaupun dia tidak memuat naik sebarang posting atau status berkaitan insiden memalukan itu, netizen tetap meninggalkan komen pada gambar terbaharunya.

"Siapa datang Instagram ni sebab pinggan pecah angkat tangan, kita geng.

"Kak pinggan pecah oiii... kantoi. Ni yang pecahkan pinggan tu ke?" usik beberapa netizen.

Sementara itu, Fouziah menerusi Instagram mengumumkan bakal kembali ke bidang lakonan selepas lama berehat.

"After so long I'm back on screen, tapi tak lah watak utama ye, payah nanti nak jaga anak dan bisnes nanti.

"Payah juga nak terima mula-mula, tapi ini adalah sedikit hadiah untuk orang yang selalu sangat tanya soalan cepumas bila nak belakon, rindu nak tengok you berlakon dan sewaktu dengannya.

"Pelakon hebat-hebat , cerita best so i said Yes" ujarnya.

Fouziah Gous, pinggan pecah

Artikel Lain