suria

“Saya sedar suara tak sedap” - Amyra Rosli tolak beberapa tawaran jadi penyanyi

Amyra mendedahkan pernah menerima beberapa tawaran untuk menyanyi.

PELAKON Amyra Rosli mendedahkan dia ada menerima tawaran untuk menyanyi namun terpaksa menolaknya kerana belum bersedia.

Menurut isteri kepada aktor Amar Baharin ini lagi, dunia lakonan dan nyanyian adalah dua bidang yang sangat berbeza dan mencabar.

"Saya boleh nyanyi dalam bilik air... tapi tak terer.

"Suara saya tak sedap. Sebab itulah saya tidak ke hadapan dalam bidang nyanyian.

"Walaupun sebenarnya ramai yang ajak saya untuk buat single tapi saya tahu di mana saya berada," katanya kepada mStar.


Amyra dan suaminya, Amar pernah melancarkan sebuah single.

ARTIKEL BERKAITAN: Amyra Rosli dimasukkan ke hospital, Amar Baharin minta doakan

ARTIKEL BERKAITAN: Berlakon adegan mesra? Amyra tak perlu jelaskan… peminat bukan faham!

Dalam pada itu, Amyra berkata, dia pernah terfikir untuk mengambil kelas nyanyian namun jadual yang padat membataskan niatnya itu.

"Bagi lakonan, saya akan pergi kelas. Dalam bidang nyanyian pula saya tak pernah belajar.

"Ada terfikir untuk belajar menyanyi tetapi masa itu tiada.

"Shooting sahaja sudah dua tiga bulan... bila habis shooting saya nak luangkan masa bersama anak pula," ujarnya.

Amyra pernah mengintai peluang menceburi bidang nyanyian.

Amyra sebelum ini pernah menyatakan meminati bidang nyanyian serta hasrat mengintai peluang menceburi cabang seni nyanyian.

Amyra dan suaminya, Amar juga pernah melancarkan single pertama berjudul Kisah Cinta Kita yang merupakan ciptaan DJ Fuzz dan Zah Amirul serta lirik ditulis Adik Viral.

Amyra Rosli, Amar Bahrin

Artikel Lain