suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hanya bertahan 3 bulan, Ning Baizura tutup restoran

Ning Baizura tutup restoran Tudung Periuk.

PENYANYI Ning Baizura memberitahu restoran Tudung Periuk yang dibuka sekitar Mei tahun lalu hanya mampu bertahan tiga bulan sahaja.

Ning, 44, berkata, penutupan restoran itu disebabkan masalah tukang masak dan lokasi yang tidak strategik.

“Saya kecewa kerana restoran itu merupakan legasi arwah ayah dan ia hanya bertahan tiga bulan disebabkan masalah tukang masak.

ARTIKEL BERKAITAN: Ning Baizura masuk Zoo Negara demi Harimau Malaya

“Sepanjang tiga bulan itu kami mendapat sambutan yang baik pada siang hari tapi pada malam hari tiada pengunjung. Lokasi itu tidak strategi untuk orang datang pada waktu malam,” ujarnya kepada mStar Online.

Ning rancang buka restoran baru di Bangsar.

Bagaimanapun, Ning berkata, dia mempunyai perancangan untuk membuka semula restoran berkaitan makanan dan minuman di lokasi yang lebih sesuai.

“InsyaAllah ada perancangan nak buka restoran di kawasan Bangsar dan restoran itu berkonsepkan muzik.

“Saya mahu restoran atau kafe itu juga memberi ruang kepada rakan-rakan artis untuk membuat persembahan,” ujarnya.

Ning Baizura

Artikel Lain