suria

Mona Allen gementar bakal bekerja bawah arahan Pekin

Mona bakal berlakon dalam filem arahan Pekin pada penghujung tahun ini.

PELAKON Mona Allen berasa teruja dan dalam pada masa yang sama gementar bakal bekerjasama dengan suaminya, Pekin Ibrahim dalam sebuah filem pada penghujung tahun ini.

Mona, 34, berkata sebagai seorang pelakon dia sememangnya teringin untuk bekerja bawah arahan Pekin yang mempunyai hasil kerja yang bagus.

"Insya-Allah akan ada kerjasama antara saya dan Pekin. Saya akan berlakon di bawah arahannya. Mungkin sebuah filem antara Malaysia dan Indonesia.

ARTIKEL BERKAITAN: Mona Allen dan Pekin Ibrahim bercinta sejak 2 tahun, tiada niat nak sorok


Mona teringin bekerja dibawah arahan suaminya.

"Kami akan berkongsi perkara itu apabila semuanya sudah diaturkan. Tapi mungkin pada penghujung tahun ini. Agak gementar juga nak kerja bawa arahan suami.

"Tapi ia sesuatu yang baik sebab sebagai pelakon saya memang teringin nak kerja dengan dia sebab hasil karyanya pun bagus-bagus," katanya kepada mStar Online.

Mona dan pelakon serta pengarah itu berkahwin pada 7 Disember tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga dan rakan artis terdekat sahaja.

Menerusi laporan mStar Online pada 11 Mac lalu, Mona mendedahkan dia mula menjalinkan hubungan cinta dengan Pekin sejak dua tahun lalu dan tidak ada niat untuk merahsiakan.

Mona tidak merancang soal anak.

Dalam pada itu, pemilik nama Munna Hafiraneza Allen ini memberitahu dia dan suaminya tidak mempunyai perancangan soal cahaya mata buat masa ini.

Menurut pelakon drama Cinta Non Grata ini, dia dan Pekin atau Mohd Iznan Ibrahim, 37, hanya akan berserah kepada rezeki yang Allah berikan.

"Soal anak ni kami berdua memang tidak ada sebarang perancangan apa-apa pun. Sebab masing-masing sekarang tengah sibuk dengan kerja.

"Tapi kami berserah sahaja pada rezeki. Kalau ada, alhamdulillah. Tapi tidak terlalu terburu-buru dalam soal anak ini," ujarnya.

Mona Allen, Pekin Ibrahim

Artikel Lain