“Semoga mereka bahagia” - Ucapan Qi Razali buat Nelydia yang bakal jadi isteri

Qi Razali kini bahagia dengan Nia Atasha Rosli, personaliti TV, Astro.

PELAKON dan pengacara Qi Razali memberitahu dia berasa bahagia apabila bekas teman wanitanya yang juga aktres Nelydia Senrose bakal menamatkan zaman solo tidak lama lagi.

Qi berkata, dia mendoakan segala urusan Nelydia dan bakal suaminya dipermudahkan selain berharap mereka kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

ARTIKEL BERKAITAN: Nelydia Senrose tolak watak pelacur dalam ‘Nur 2’, enggan hancurkan skrip dengan isu peribadi

“Alhamdulillah saya bahagia dia berjumpa dengan seorang lelaki yang baik dan boleh membimbingnya.

Nelydia Senrose

“Semoga Nelydia berbahagia dan semua yang diimpikan akan terlaksana dalam perkahwinan mereka nanti.

“Saya mendoakan yang terbaik untuk Nelydia dan suami, tahniah! Semoga berbahagia hingga ke anak cucu,” katanya kepada mStar Online.

Qi ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu penyanyi Aina Abdul berjudul Sumpah yang diadakan pada Selasa.

Anggota kumpulan OAG itu tampil dalam muzik video lagu tersebut.

Qi Razali dan Nelydia pernah menjadi pasangan kekasih namun hubungan itu tak panjang.

Nelydia dan Qi pernah bergelar pasangan kekasih sejak 2013 sebelum hubungan mereka terlerai dua tahun kemudian.

Aktres itu dijangka melangsungkan perkahwinan dengan seorang ahli perniagaan dikenali Hafez selepas setahun berkenalan dalam masa terdekat.

Manakala Qi pula kini sudah menemui pengganti dan sedang hangat bercinta dengan Nia Atasha Rosli, 22, yang juga pengacara program hLive terbitan Astro.

Dalam pada itu, Qi juga berharap persiapan perkahwinan Nelydia bersama Hafez berjalan lancar selain dia juga sempat menitipkan salam buat semua ahli keluarganya.

Qi Razali, Nelydia Senrose

Artikel Berkaitan

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain