suria

Tak jadi nikah, Awi Rafael lancar ‘Rahasiaku’ dicipta untuk perkahwinannya dengan Atikah

Awi dan Atikah batalkan perkahwinan Ahad ini.

PENYANYI Awi Rafael melancar lagu istimewa berjudul Rahasiaku yang dicipta khas untuk pelakon Atikah Suhaime sempena ulang tahun hari lahir wanita itu pada Jumaat.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan syarikat rakaman Warner Music, lagu tersebut sepatutnya dijadikan sebagai lagu istimewa khas majlis perkahwinan mereka yang dibatalkan pada saat-saat akhir.

Menurutnya, lagu itu merupakan karya yang memberi jawapan kepada persoalan tentang hubungan mereka ketika ini.

"Lagu ini juga sepatutnya dijadikan lagu istimewa sempena penyatuan kasih mereka. Bagaikan sebuah karya yang memberi jawapan kepada semua persoalan di saat ini.

"Awi berharap lagu ini dapat menjadi pengganti sementara dirinya dalam mencari ruang dan waktu bersama keluarga bagi merawat lukanya," ujar kenyataan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Niat dihati untuk membina masjid, menutup aib dia yang dulu” - Awi Rafael batal nikah Atikah Suhaime Ahad

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan Awi… tapi saya batalkan demi kebaikan anak saya” - Bapa Atikah

Lagu Rahasiaku dicipta untuk hari perkahwinan mereka.

Awi dan Atikah Suhaime mengejutkan ramai pihak apabila membuat pengumuman membatalkan majlis perkahwinan yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini.

Akad nikah sepatutnya berlangsung pada Jumaat sempena hari lahir Atikah yang ke 28 tahun.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 17 Mac 2018 di dalam sebuah majlis yang diadakan di kediaman Atikah di Singapura.

Lagu tersebut merupakan hasil nukilan Awi bersama komposer Eddie Hamid dan dirakamkan bersama pernerbit terkenal Indonesia Posan Tobing.

Lagu itu juga melalui proses penerbitan di Kuala Lumpur dan Jakarta bakal dimuatkan dalam album baharunya berjudul Euphoria.

Rahasiaku merupakan single terbitan dan edaran Warner Music Malaysia boleh distrim menerusi saluran Youtube Warner Music Malaysia bermula Jumaat.

Awi Rafael, Atikah Suhaime

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain