suria

mStar nak bagi hadiah... Ayuh! Serbu Angsana Mall sempena Jelajah Suria 2019

Temui mStar Online di Jelajah Suria 2019 bertempat di Angsana Mall, Johor Bahru, Sabtu ini.

PORTAL hiburan dan gaya hidup, mStar Online akan turut sama memeriahkan siri Jelajah Suria 2019 yang bakal berlangsung di Angsana Mall, Johor Bahru, Sabtu ini.

Slot khas bersama mStar Online dijangka bermula pukul 2.40 petang.

Pengunjung bertuah bakal menerima pelbagai hadiah istimewa berupa jam tangan pintar Mi Band 2 tajaan Shopee Malaysia, cenderahati istimewa AirAsia, produk penjagaan diri jenama Asianic dan snek ringan daripada MAMEE.

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu membaca kandungan portal ini dan ikuti laman sosial Instagram kami di @mstaronlineofficial untuk menjadi 10 pemenang bertuah.

Pengunjung di Angsana Mall akan dihiburkan dengan persembahan menarik daripada Akim & The Majistret, Siti Nordiana, Gmie, Adira, Hazama, One Avenue Band, Hafiz Suip, Tomok, Amir Masdi dan Ain Sufiaa.

Acara yang bakal bermula dari pukul 1 petang hingga 6 petang itu bakal digamatkan dengan keletah penyampai Suria iaitu DJ Lin, Sharifah Shahira, Issey, Tyzo, Suraya Borhan dan Feeya Iskandar.

Jelajah Suria 2019 memulakan promosinya di Johor Bahru dan seterusnya akan menjelajah tiga lokasi lain iaitu Kuantan City Mall, Pahang pada 23 Mac, AEON Station 18 Ipoh, Perak (30 Mac) dan Aman Central Alor Setar, Kedah (6 April).

mStar, Suria

Artikel Lain