suria

Apa lagi? Jom rebut hadiah dalam Cuci Lagu Suria dan Super Terer Suria!

Pengunjung berpeluang bertemu dengan barisan penyampai Suria FM.

STESEN radio Suria memberi peluang kepada pendengar untuk merebut sebahagian hadiah menarik menerusi peraduan Cuci Lagu Suria dan Super Terer Suria yang akan bermula pada 18 Mac sehingga 28 April depan.

Pemanggil pertama selepas mendengar isyarat memanggil menerusi segmen Team Pagi Suria, Gaya Suria, Suria Petang dan Suria Cinta bakal memenangi sebahagian daripada wang tunai RM50,000 dan beberapa unit telefon pintar serta gajet terkini.

Menerusi peraduan Cuci Lagu Suria, pemanggil pertama akan diberikan klip audio yang telah disunting dan harus meneka nama penyanyi dan lagu dalam masa 10 saat.

Jika berjaya, mereka akan mendapat wang tunai berjumlah RM250 dan pendengar boleh dapatkan dua pilihan bantuan untuk membolehkan sedutan lagu tersebut dapat didengarkan dengan lebih jelas.

Sekiranya pendengar tersebut berjaya menjawab di Jam Bonus, mereka akan mendapat hadiah tambahan berupa telefon pintar atau gajet terkini bernilai ribuan ringgit.

Manakala menerusi Super Terer Suria, pendengar bertuah yang berjaya menjadi pemanggil pertama akan diberikan klip audio yang mempunyai ‘mash-up’ tiga lagu.

Mereka perlu meneka ketiga-tiga tajuk lagu dan nama penyanyi dalam masa 10 saat dan peserta yang berjaya akan diberi ganjaran wang tunai RM250.

Siri Jelajah Suria bermula Sabtu ini.

Jika tidak berjaya, wang terkumpul akan dibawa ke segmen seterusnya dan peserta juga bakal membawa pulang hadiah misteri di Jam Bonus.

Dalam pada itu, Suria akan memulakan siri tahunan Jelajah Suria 2019 bagi menghiburkan peminat dan pendengar setia mereka.

Menurut Pengurus Kanan Suria, Roslinda Abdn Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin, pengunjung juga berpeluang untuk melihat suasana radio yang bersiaran langsung.

"Jelajah Suria ini bukan sahaja diadakan sebagai tanda terima kasih kami buat pendengar yang menyokong kami selama ini, malah kami berhasrat berkongsi suasana radio itu sendiri bersama mereka yang hadir menerusi siaran langsung yang akan disiarkan ketika acara jelajah ini diadakan.

"Dengan initiatif ini, pendengar Suria boleh turut sama merasakan kemeriahan Jelajah Suria yang sedang berlangsung," kata DJ Lin.

Pengunjung Jelajah Suria juga bakal dihiburkan dengan persembahan daripada selebriti jemputan seperti Akim & The Majistret, Siti Nordiana, Tomok, Hazama, Hafiz Shuib, Amir Masdi, Adira, Gmie Screen, One Avenue Band.

Lokasi pertama di Angsana Johor Bharu Mall pada Sabtu ini bersama kehadiran barisan penyampai Suria seperti Fizi Ali, Issey, Cik Piah, Sharifah Shahirah, Tyzo, Suraya dan DJ Lin.

Suria FM, Siri Jelajah Suria

Artikel Lain