Padam foto, ‘unfollow’ laman sosial, hubungan Emma dan Syed putus?

Emma padam foto bersama Syed Abdullah.

KONTROVERSI yang menghimpit pasangan Syed Abdullah dan Emma Maembong nampaknya menjejaskan hubungan tersebut apabila kedua-dua mereka bertindak memadam foto-foto bersama yang dimuat naik di laman sosial.

Sejak Sabtu, foto dan video yang dimuat naik oleh Emma bersama abang kepada Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika bercuti bersama-sama sudah dipadamkan di laman sosial masing-masing.

"Kenapa dah takda gambar Emma dan putus ke?" ujar salah seorang netizen pada ruangan komen Syed Abdullah.

Bagaimanapun, selepas beberapa jam Syed memaparkan kembali foto-foto tersebut di laman sosial miliknya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dalam tempoh bertudung saya cuba bulatkan hati” - Emma Maembong akhirnya buka tudung

ARTIKEL BERKAITAN: “I am sorry” - Emma Maembong mengaku buka tudung tapi nafi foto celah kangkang abang menteri


Syed menyiarkan semula foto Emma di laman sosialnya selepas beberapa jam diarkib.

Sementara itu, menerusi tinjauan mStar Online, kedua-dua mereka sudah tidak mengikuti laman sosial Instagram masing-masing.

Selepas mengumumkan tidak bertudung pada Rabu lalu, Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 27, memuat naik beberapa foto dan video beberapa sesi fotografi akhbar dengan imej baharunya.

Biarpun masih menerima kecaman, dia tidak menutup ruangan komen dan membalas komen-komen netizen.

Emma mencetuskan kontroversi kerana membuka tudung.

Ramai di antara mereka juga turut menasihatkan Emma agar tidak terlalu galak memuat naik gambarnya yang tidak bertudung di Instagram buat masa ini sehingga keadaan yang panas menjadi reda.

Emma turut dilihat membalas hampir semua komen yang ditinggalkan kepadanya sebagai tanda penghargaan atas doa mereka buat dirinya.

Pada akhir Januari lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan penyebaran foto tidak bertudung dan berpakaian seksi pelakon itu bersama kekasihnya di laman sosial.

Ekoran kontroversi itu, Emma membuat keputusan untuk tidak lagi bertudung atas kehendaknya sendiri.

Syed Abdullah, Emma Maembong

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain