suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liza Hanim selamat lahirkan bayi lelaki

Liza berkongsi berita gembira tentang kehamilannya pada Oktober lalu.
PENYANYI Liza Hanim selamat melahirkan anak kelimanya, seorang bayi lelaki pada pukul 11 malam Jumaat.

Liza, 40, berkongsi berita gembira itu di laman sosial Instgramnya pada Sabtu dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan agar proses tersebut berjalan lancar.

"Alhamdulillah dengan izin-Nya, saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki semalam pada pukul 11 malam.

"Syukur ke hadrat Allah SWT, serta berkat doa kalian semua. Terima kasih semua, Alhamdulillah," ujarnya.

Liza berkongsi berita gembira di Instagram pada Sabtu.

Liza mengumumkan kehamilannya pada Oktober tahun lalu dan bersyukur diberi rezeki untuk hamil lagi.

Liza berkahwin dengan bekas anggota kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin Mohamed Samsudin pada tahun 2003.

Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Marsya Qistina, 15, Marissa Qalreen, 9, Mohamed Salahuddin, 7, dan Mohamed Ibrahim, 3.

Liza Hanim

Artikel Lain