suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Tarik balik poster atau kena tindakan?” - Nassier Wahab bukan jurucakap skim pelaburan penipu

Nassier Wahab menyangkal dakwaan terlibat dalam sebarang aktiviti promosi skim pelaburan.

PENYANYI Datuk Nassier Wahab menegaskan beliau tidak pernah terlibat dalam sebarang aktiviti promosi atau bertindak sebagai jurucakap skim pelaburan yang dipercayai penipuan apabila gambarnya digunakan pada poster iklan di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Nassier menjelaskan beliau menyedari mengenai perkara itu selepas mendapat pelbagai pertanyaan daripada sahabat handai termasuk peminat mengenai penglibatannya dengan pelaburan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Bukan Kambing Hitam Boy Iman” – Nassier Wahab

"Saya ingin tegaskan saya langsung tidak terlibat dalam sebaran iklan atau promosi pelaburan tersebut.

"Ini adalah scammer yang menggunakan gambar saya bagi menarik perhatian orang ramai.

"Ramai kawan dan peminat yang hubungi saya bertanyakan tentang kes penipuan ini dan jelas saya tidak terlibat," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Nassier berkata, beliau menuntut pihak tersebut agar menarik semula poster berkenaan kerana ia boleh menjejaskan reputasinya sebagai selebriti.

Katanya lagi, beliau juga tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis seterusnya mengambil tindakan undang-undang sekiranya pihak tersebut masih berdegil.

"Kepada yang berkenaan sila tarik semula penggunaan foto saya... Sekiranya berleluasa dan menipu masyarakat saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan," ujarnya.

Nassier Wahab

Artikel Lain