Pereka fesyen Ezuwan Ismail jadi penyanyi, tubuh kumpulan trio E1

Ezuwan bakal keluar dengan single pertama berjudul Semalam Sahaja.

PEREKA fesyen Ezuwan Ismail bakal keluar dengan single pertama berjudul Semalam Sahaja bersama kumpulan trio yang digelar E1.

Ezuwan berkata, kumpulan yang turut dianggotai oleh dua model iaitu Zulyasrani dan Ariff Imran itu turut mempertaruhkan karya komposer dan penyanyi Asfan Shah.

"Ini bukan projek istimewa tetapi kami bertiga memang sudah ada rancangan untuk single seterusnya dan terus berada dalam industri muzik.

"Idea ini memang sudah lama saya fikirkan tapi sekarang baru terlaksana. Insya-Allah ini mungkin mencipta sejarah apabila pereka fesyen bergelar penyanyi," ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Ezuwan, dia mahu mengetengahkan fesyen dalam lagu yang dibawanya.

Ezuwan mahu menceburi bidang nyanyian.

Selain itu, berkongsi tentang pengalaman pertama merakam lagu berkenaan, Ezuwan berkata, dia tidak melalui banyak masalah apabila mendapat tunjuk ajar komposer lagu tersebut.

"Selalu saya menyanyi di karaoke sahaja dan ini kali pertama masuk studio dan memang perasaannya takut kerana banyak teknik nak kena jaga.

"Tapi nasib baik Asfan banyak membantu saya sepanjang lebih sejam rakaman tersebut," ujarnya.

Lagu dengan konsep pop balada itu dijangka akan dilancarkan pada Februari depan.

Sementara itu, Ezuwan bakal membuat jualan baju secara besar-besaran di butiknya di Dagang Avenue, Ampang pada 11 hingga 13 Januari ini.

Katanya, terdapat baju-baju yang pernah dipakai artis terkenal seperti Siti Nurhaliza, Janna Nick, Erra Fazira dan Nabila Razali bakal dijual dengan harga serendah RM50.

Lebih istimewa, Ezuwan berkata, baju-baju koleksi Allahyarham Datuk Sharifah Aini yang pernah direka untuk penyanyi tersebut turut dijual.

"Sebelum meninggal dunia dahulu Allahyarham berpesan agar saya menjual baju-baju yang dibuat dengan saya.

"Baju tersebut dalam simpanan keluarganya, dan mungkin tiba masanya pihak keluarga Allahyarham mahu saya menguruskan jualan tersebut," ujarnya.

Ezuwan Ismail, Asfan Shah

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain