suria

"Kalau saya seksi siapa nak tengok" - Azlan (Typewriter) tak kisah dikecam manipulasi wanita promosi produk

Azlan (Typewriter) kini menceburkan diri dalam bidang perniagaan minuman tenaga.

PENYANYI Azlan (Typewriter) mengakui sengaja menggunakan khidmat wanita seksi dalam klip video lagu iklan produk minumannya Turbo 3 yang dilancarkan pada Rabu.

Azlan, 37, berkata, perkara itu adalah strategi pemasaran biasa yang sering digunakan oleh produk-produk luar negara.

"Kalau kita tengok produk luar memang guna wanita seksi sebagai strategi pemasaran. Kalau saya seksi siapa nak tengok.

"Kalau orang kata saya manipulasi wanita saya tidak kisah sebab orang boleh cakap apa sahaja yang mereka suka," ujarnya kepada mStar Online.

Azlan ditemui pada pelancaran lagu Kukuh dan produk minuman tenaga Turbo 3 yang diadakan di Wow KL, Rabu.

Pada majlis pelancaran itu, turut ditayangkan muzik video lagu iklan Turbo 3 yang memaparkan sekumpulan lelaki dan perempuan berpakaian seksi menari sambil mempromosikan air minuman tersebut.

Sementara itu, Azlan berkata, lagu iklan tersebut hanya untuk siaran di laman Youtube sahaja.

Bercerita tentang produk berkenaan, Azlan yang baru menceburi bidang perniagaan mengakui memperoleh idea mengeluarkan air minuman tenaga kerana kurangnya pesaing tempatan.

"Saya sentiasa berfikir nak keluarkan produk apa sebab sudah banyak produk di pasaran.

"Selepas itu saya sedar air tenaga masih kurang dan mula melakukan penyelidikan tentang minuman itu," ujarnya.

Azlan Typewriter, Kukuh, Turbo 3, seksi

Artikel Berikut

Artikel Lain