Noorkhiriah bengang sikap pengotor kaum wanita buang ‘pad’ bersepah - Hiburan | mStar

Noorkhiriah bengang sikap pengotor kaum wanita buang ‘pad’ bersepah

Noorkhiriah menganggap pekerjaan sebagai tukang cuci dan pengutip sampah lebih mulia.

PELAKON Noorkhiriah mempersoalkan sikap segelintir wanita yang tidak mementingkan kebersihan dengan membuang 'tuala wanita' merata-rata dalam tandas awam.

Noorkhiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie, 39, berkata sekiranya seseorang itu bertanggungjawab, dia akan membuang barang tersebut di tempat yang sepatutnya.

"Maaf nak tanya... Apa yang korang rasa bila masuk tandas awam lebih-lebih lagi tandas RNR (rehat dan rawat)? Korang ada rasa terjawab atau tak apa la, ada orang tukang cuci.

"Aku buang tuala tuttt merata-rata dengan kesan pun tak apa. Mana sivik kita sebagai seorang wanita? Akak tak nak kisah bab tandas lelaki sebab tak pernah masuk.

ARTIKEL BERKAITAN: “Anugerah buat batu nisan pun tak laku” - Noorkhiriah faham perasaan Jalil Hamid


Noorkhiriah mempertikaikan sikap segelintir wanita yang pengotor.

"Korang andai ada rasa tanggungjawab, kita takkan buang tuala wanita atau pad, pampes bersepah macam saja dengan taik, darah masih melekat," katanya.

Noorkhiriah mendedahkan perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya dan mendapat perhatian netizen.

Rata-rata mereka turut meluahkan rasa berang terhadap tindakan tidak bertanggungjawab segelintir wanita yang tidak menjaga kebersihan.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Nur ini memberitahu tukang cuci bukan hamba untuk melakukan kerja seperti membersihkan barangan peribadi orang lain.

Bagi Noorkhiriah, pekerjaan seperti tukang cuci dan pengutip sampah itu lebih mulia daripada kerja hanya duduk di pejabat.

Noorkhiriah.

Menurutnya lagi, dia mohon maaf sekiranya ada pihak yang tidak bersetuju dan berharap netizen tidak menyalahkan bangsa tapi perkara itu adalah tanggungjawab bersama.

"Tukang cuci bukan hamba kita. Mereka cari rezeki. Kalau tak ada rasa kesian tapi timbulkanlah rasa kebersihan itu sebahagian dari iman.

"Bagi akak, tukang cuci, pengutip sampah itu tahap kerja mereka lagi mulia dari yang duduk bersejuk pakai kot. Kepit beg celah tiok (ketiak), pintu kereta orang bukakan.

"Maaf andai ada yang tak setuju. Jangan kita salahkan bangsa bagi akak tanggungjawab bersama," ujarnya.

Noorkhiriah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain