“Zaibo seperti bapa saya, terima kasih untuk segalanya” - Wardina Safiyyah - Hiburan | mStar

“Zaibo seperti bapa saya, terima kasih untuk segalanya” - Wardina Safiyyah

Gambar kenangan Wardina Safiyyah bersama Allayyarham Zaibo.

PETALING JAYA: Berita kematian pelakon Zaibo yang meninggal dunia kira-kira pukul 1.30 petang Rabu mengejutkan banyak pihak terutama dalam kalangan selebriti yang mengenalinya.

Ini termasuk bekas pelakon dan pengacara, Wardina Safiyyah yang pernah berlakon dengan Zaibo menerusi sitkom popular Spanar Jaya.

Wardina menyifatkan Allahyarham sebagai seorang bapa kepadanya ketika dia menjayakan watak sebagai Misha dalam sitkom itu.

"Saya belajar banyak daripadanya, dia bagaikan seorang bapa kepada saya ketika saya melakonkan watak Misha dalam Spanar Jaya.

Perkongsian Wardina mengenai pemergian Zaibo di Facebook.

"Saya tidak bernasib baik kerana tidak berpeluang untuk menziarahinya. Maafkan saya Uncle Zaibo. Terima kasih untuk segalanya," tulisnya di Facebook.

Sementara itu, Erra Fazira memberitahu dia akan sentiasa mengenang Zaibo sebagai seorang abang dan bapa yang disifatkan tidak kedekut ilmu dan sentiasa memberi nasihat.

Pernah berlakon bersama, Erra berkata, antara memori yang tidak dapat dilupakan ketika mereka sama-sama mengerjakan Umrah di tanah suci Mekah sekitar 17 tahun lalu.

Zaibo bersama barisan pelakon sitkom Under One Roof.

"Innalillahiwainnailaihirojiun.. Abang Zaibo kini telah tiada, dia telah kembali kepadaNya. Sesungguhnya mati itu pasti, dunia hanya sementara.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya down, kenapa tahap 4?” - Zaibo lalui fasa sukar hidap kanser

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Johor beri sokongan terhadap Zaibo hadapi kanser

ARTIKEL BERKAITAN: Zaibo meninggal dunia

"Abang Zaibo yang saya kenali, sangat baik orangnya... Seorang abang dan ayah yang tak lokek ilmu dan selalu memberi nasihat. Kami pernah berlakon bersama, pergi menunaikan umrah bersama.


Erra turut berkongsi pengalaman bersama Zaibo di Instagram.

"Baru rancangan dengan Kak Intan untuk Ziarah Abang Zaibo esok tapi Allah lebih dahulu menjemput Abang Zaibo," katanya menerusi Instagram.

Sejak enam bulan lalu, Zaibo atau Zainal Ariffin Abd. Hamid, 62, menderita kanser esofagos tahap empat.

Isteri Allahyarham, Siti Hawa Sawal, 52, memaklumkan jenazah akan dikebumikan hari ini di tanah perkuburan Islam di Rengit, Batu Pahat, Johor.

Zaibo membintangi sitkom Spanar Jaya (1999 hingga 2005) serta filem-filem seperti fantasi muzik Magika dan Awan Dania The Movie.


Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim (dua dari kanan) dan suaminya, Dennis Muhammad Abdullah (kanan) bergambar bersama Zaibo ketika melawat pelakon itu di Rengit, Batu Pahat pada Isnin. Foto Facebook Royal Johor.

Dia juga memainkan peranan kecil dalam filem Hollywood, Anna and The King.

Zaibo juga terkenal kerana wataknya sebagai penjual mi rebus dalam sitkom dari Singapura iaitu Under One Roof pada tahun 1990, yang pertama kali disiarkan pada tahun 1995.

Pada Isnin lalu, Puteri Johor Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim meluangkan masa melawatnya bersama suami, Dennis Muhammad Abdullah.

Dalam pada itu, Erra berkata, Zaibo seorang tukang masak yang handal malah resepi diajar kepadanya masih digunakan sehingga ke hari ini.

Kenangan... Zaibo bersama barisan pelakon sitkom Spanar Jaya.

"Ya Allah, sayu hati ini kehilangan insan yang sangat baik hati ini, meskipun sudah lama tidak ketemu, keramahannya, kebaikkan sentiasa melekat di hati.

"Abang Zaibo sangat pandai masak malah ada antara resepinya saya pegang hingga ke hari ini.

"Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosa Abang Zaibo dan terimalah segala ibadahnya walau sekecil zarah... Moga dengan rahmatMu, Dikau letakkan dia dalam kalangan hambaMu yang beriman dan menjadi penghuni syurga kelak. Amin," tulisnya lagi.

Zaibo , Erra Fazira , Spanar Jaya , Under One Roof

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Zaibo meninggal dunia

Artikel Berkaitan

Zaibo meninggal dunia

Lebih Artikel