suria

"Tak pernah jumpa Rita, tak tahu masalah sebenar" - Zahirah MacWilson

Zahirah akui tidak pernah mengenali Rita secara dekat.

PELAKON Zahirah MacWilson mengakui terkejut laporan berita mendakwa mempunyai masalah dengan pelakon Rita Rudaini.

Zahirah, 23, berkata, dia tidak mengetahui perkara sebenar yang berlaku sehingga tercetusnya berita demikian.

"Saya terkejut dan tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku, saya tidak pernah jumpa dan bekerja dengan Rita Rudaini sebelum ini," ujarnya kepada mStar Online.

Pelakon Jangan Benci Cintaku itu ditemui di majlis pelancaran kempen AirAsia #Throughthelens di Nathalei Gourmet I’Espace, Petaling Jaya.

Zahirah berkata demikian ketika diminta mengulas tentang laporan sebuah akhbar tentang pelakon Rita Rudaini yang terkilan apabila dituduh cemburui kerjaya aktres berkenaan.

Rita Rudaini kesal fitnah terhadapnya.

Menerusi laporan itu, Rita berkata, dia terkejut apabila dituduh enggan menjalinkan kerjasama dengan Zahirah bagi sebuah acara anugerah baru-baru ini.

Sementara itu, Zahirah berkata, dia masih baharu dalam industri dan tidak mahu menimbulkan masalah dengan mana-mana pihak.

"Saya baru tiga tahun dalam industri dan saya rasa tidak pernah buat salah atau bergaduh dengan sesiapa kecuali perkara yang sudah berlalu," ujarnya.

Tambahnya, sebagai manusia biasa dia tidak boleh untuk memaksa orang lain untuk menyukai dirinya.

"Its okey kalau orang tidak suka kita, saya pun tidak ada tidak suka orang, bukan tidak suka tapi tidak berapa minat.

"Saya terima kalau orang tidak suka saya," ujarnya.

Zahirah MacWilson, Rita Rudaini

Artikel Lain