suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

NENO tempat Nora Danish, suami kongsi hal peribadi

Nora Danish dan Nedim Nazri tampil dengan vlog, NENO di YouTube. Foto Instagram @noradanish

PETALING JAYA: Pelakon Nora Danish dan suami, Nedim Nazri tampil melacarkan saluran YouTube yang dinamakan NENO iaitu singkatan bagi nama mereka.

Nora memberitahu kewujudan saluran YouTube itu bakal memaparkan kehidupan seharian mereka sekeluarga di samping menyelitkan tip kepada penonton tentang keibubapaan dan kekeluargaan.

"NENO akan memaparkan diri kami yang lebih bersahaja dan membenarkan kami untuk berinteraksi dengan lebih peribadi dan secara langsung bersama peminat.

"Ia bercirikan vlog keluarga dan percutian yang akan menunjukkan aktiviti kami sekeluarga ketika tidak sibuk dengan aktiviti penggambaran," katanya.

Dalam pada itu, Nora berkata, menerusi vlog itu juga mereka ingin berkongsi pengalaman suka dan duka mereka sebagai pasangan dan sebuah keluarga.

Nora dan Nedim turut berkongsi pengalaman percutian dalam vlog mereka.

"Kami memang telah lama inginkan sebuah saluran YouTube untuk mendokumentasikan kehidupan kami sebagai pasangan dan kini sebagai sebuah keluarga.

"Kami juga ingin berkongsi pengalaman suka dan duka kami kepada pasangan dan keluarga lain agar komuniti ini terus berkembang," ujarnya.

Nora memberitahu penerbitan vlog tersebut adalah kerjasamanya dengan Global Creator Studios (GCS).

Pelakon itu dan Nedim berkahwin pada 2017 dan pasangan itu menimang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl pada 22 Februari lalu.

Nora Danish, NENO

Artikel Lain