Syafiq Farhain diberi cuti dua bulan, tiada hasrat tingggalkan kerjaya bomba

Syafiq tidak berhasrat untuk bersara dari bertugas sebagai ahli bomba.

PENYANYI Syafiq Farhain tidak berhasrat untuk bersara sebagai ahli bomba biarpun kerjaya seninya kian berkembang.

Syafiq, 24, berkata dia masih mampu untuk mengimbangkan bidang nyanyian dan tugas tetapnya itu.

"Buat masa ini, saya tak pernah pun terfikir untuk tinggalkan kerja sebagai ahli bomba.

"Alhamdulillah, kalau ikutkan memang rezeki dalam industri seni sekarang ini tak putus-putus dan saya bersyukur sangat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Memang saya bengang orang kata Saleem sudah tiada” - Syafiq Farhain


Karier seni Syafiq semakin berkembang.

"Tapi itu tidak bermakna saya perlu berhenti jadi ahli bomba. Insya-Allah saya masih mampu lagi untuk imbangkan dua pekerjaan saya itu," katanya kepada mStar Online.

Tambah naib juara program realiti Big Stage musim pertama ini, dia diberi cuti dua bulan tanpa gaji untuk memberi tumpuan pada karier seninya.

"Saya dapat cuti dua bulan tanpa gaji untuk program Big Stage. Habis program itu, saya masuk ke set penggambaran filem pula.

"Memandangkan filem Hero The Movie itu mengisahkan mengenai kerjaya bomba, saya dapat pelepasan untuk penggambaran selama dua hingga tiga minggu.

"Bukan saya seorang sahaja tapi ada juga ahli bomba yang lain turut terlibat dalam filem tersebut," ujarnya.

Syafiq bergandingan dengan Mark Adam dalam filem Hero The Movie.

Dalam pada itu, perlibatan Syafiq dalam filem itu untuk mencari pengalaman di samping dapat belajar sesuatu yang baharu.

"Saya terima tawaran untuk berlakon sebab nak tambah pengalaman dan dapat belajar benda baharu.

"Selain itu, saya nak juga cari bakat yang ada pada diri saya. Mungkin saya ada bakat lakonan tapi perlu belajar lagi.

"Sebab bukan semua orang dilahirkan terus pandai dalam sesuatu perkara. Kena belajar, barulah boleh buat," katanya.

Filem yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan itu dibarisi pelakon seperti Hisyam Hamid, Mark Adam, Bell Ngasri, Tauke Jambu dan ramai lagi.

Syafiq Farhain

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain