suria

Kereta Asyraf Khalid dilanggar lori, mungkin kurang ingatkan Allah

Asyraf anggap kemalangan yang berlaku sebagai peringatan daripada Allah.

ANAK tiri kepada Datuk Seri Nurhaliza Tarudin iaitu Asyraf Khalid menganggap musibah yang dialami apabila kereta kesayangan dilanggar lori baru-baru ini adalah peringatan daripada Allah.

Asyraf berkata, ujian tersebut mungkin disebabkan dia terlalu leka dalam melakukan ibadah yang wajib dilakukan sebagai umat Islam.

"Baru-baru ni, saya dilanda musibah, kereta kesayangan saya dilanggar lori dan lori tersebut lari tanpa sempat ambil nombor plat.

"Bila saya diuji, benda pertama dalam fikiran saya, ujian ni datang dari Allah dan mungkin saya kurang ingat pada Allah atau mungkin saya tak jaga waktu solat saya.

"Bila kita ambil ujian Allah ini sebagai satu peringatan, kita akan kembali ke jalan yang lurus dan bila kita di jalan yang lurus, Insya-Allah akan reda dengan perbuatan kita dari situlah datangnya rezeki yang lebih besar,” ujarnya seperti di kongsi di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Itu keletah semula jadi... Asyraf Khalid, Tya tak paksa anak ceria

Kereta milik Asyraf di langgar lori.

Dalam pada itu, Asyraf berkata, kejadian buruk yang berlaku itu tidak boleh dianggap sebagai nasib malang.

Tambahnya, setiap musibah yang berlaku seharusnya menjadi peringatan untuk kembali kejalanNya.

"Kepada yang melihat masalah itu sebagai satu ‘bad luck’ mereka akan terus lagi dapat ‘bad luck’ kerana mereka tidak ambil musibah tersebut sebagai peringatan dari Allah dan terus lupa pada Allah serta perintah-Nya.

"Ustaz saya selalu mengingatkan kami, kalau kita punyai masalah dengan sesiapa pun, itu adalah ujian dari Allah. Pulihkan hubungan dengan Allah dan hubungan kita sesama manusia akan jaga oleh Allah,” ujarnya.

Bagaimanapun, suami kepada Tya Ariffin itu berkata dia bukan seorang ustaz dan hanya berkongsi pendapat peribadinya sahaja.

Asyraf Khalid

Artikel Lain