Caliph Buskers rayu jangan hina Nabil Ahmad isu hantu

Azmin rayu netizen henti kecam Nabil.

KUMPULAN Caliph Busker meminta orang ramai agar berhenti mengecam dan menghina pengacara Nabil Ahmad apabila video dia mengarahkan 'hantu' yang muncul pada program MeleTop  agar pergi kepada kumpulan itu.

Vokalisnya Azmi Saat berkata, apa yang dilakukan pengacara itu hanyalah gurauan semata-mata.

Caliph Busker

"Saya Azmi wakil kumpulan Caliph Buskers sedih mengetahui Nabil dikecam, dihina dan didoakan yang buruk-buruk. Kami sudah macam adik-beradik dan kami rayu hentikan kecaman anda.

"Kalau diikutkan kami bergurau lebih kasar daripada dia, kami selalu panggil dia capang (merujuk telinga Nabil) dan macam-macam sampai dia pun takut nak gurau dengan kami," ujarnya dalam perkongsian video di Instagram rasmi mereka.

Sebelum ini, video berdurasi satu minit menerusi program MeleTop Selasa lalu menerima kecaman apabila kenyataan 'bawa dia (hantu) ke Caliph Buskers, diorang tak tahu'.

Hantu yang muncul pada program itu adalah gimik bagi mempromosikan filem Langsuir.

Dalam pada itu, Azmi berkata, dia faham isu tersebut adalah sensitif bagi masyarakat, namun tindakan mengecam pengacara itu adalah tidak wajar.

"Kami tahu isu ini sensitif tapi janganlah kecam sampai macam itu sekali. Kami doakan Nabil diberikan anak yang sihat dan bahagia bersama keluarganya," ujarnya.

Sementara itu, Nabil berkata, dia berasa lega dan berterima kasih dengan video yang dimuat naik ahli kumpulan itu.

"Video ni cukup melegakan hati selepas mengetahui ade hamba-hamba Allah yang mendoakan baik-baik untuk anak-anak saya," ujarnya.

Nabil Ahmad, Caliph Buskers

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain