Hati remuk... mahu pelaku diberi hukuman setimpal - Kaka Azraff

Kaka Azraff berasa marah terhadap isu penganiayaan kucing yang berlaku baru-baru ini.

PENYANYI Kaka Azraff tidak mampu menahan rasa marah terhadap dua individu yang menganiaya seekor kucing sehingga mati di sebuah kedai dobi, baru-baru ini.

Kaka, 29, berkata sebagai pencinta haiwan hatinya remuk apabila membaca berita tersebut dan mahu dua pelaku itu diberikan hukuman setimpal.

"Sejujurnya, saya tak sanggup nak tengok video yang tular itu kerana rasa kasihan dan geram dengan pelaku itu.

"Mereka seolah-olah hilang sifat perikemanusiaan dan melakukan penyiksaan kepada haiwan yang tak ada salah.

"Saya harap mereka diberikan hukuman setimpal dan jadi pengajaran kepada kita semua," katanya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua rakan didakwa bunuh kucing

Kaka ditemui semasa majlis pelancaran lagu runut bunyi (OST) untuk filem Gol & Gincu Vol. 2 di RedBox Plus, Pavilion, Kuala Lumpur pada Khamis.

Sebelum ini, tular satu rakaman kamera litar tertutup memaparkan tindakan kejam dua individu yang membunuh seekor kucing bunting dengan cara memasukkannya ke dalam mesin pengering pakaian di sebuah pusat dobi layan diri di Taman Gombak, Selangor.

Kaka Azraff tampil dengan single terbaharu Shout It Out.

Sehubungan itu dua rakan serumah iaitu pemandu teksi, A Mohanraj, 41, dan juruteknik elektrik, S.S Satthiya, 26, didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang pada Khamis kerana perbuatan itu. Seorang lagi rakan mereka masih bebas.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 29 (1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 29 (1) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu bercakap mengenai karier seni, penyanyi lagu Sibuk ini muncul dengan single terbaharu berjudul Shout It Out yang menjadi OST filem Gol & Gincu Vol. 2.

Kaka berkata dia teruja apabila diberi peluang menyanyikan lagu tersebut kerana dia merupakan peminat siri filem itu.

"Saya memang minat filem Gol & Gincu dan pernah ada impian nak berlakon tapi tak ada rezeki, jadi dapat menyanyikan lagu OST pun dah cukup besar penghargaan.

"Alhamdulillah, muzik video lagu Shout It Out sudah dilancarkan di laman YouTube dan menerima komen positif pendengar," katanya.

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain