suria

'Bobo Dimana' teruk dikecam, Aliff Syukri terima tawaran nyanyi lagu nasyid

Aliff mungkin mempertimbangkan tawaran menyanyikan lagu nasyid.

DIKECAM teruk kerana lagu Bobo Dimana, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan dia menerima beberapa tawaran menyanyikan lagu berbentuk kerohanian.

Aliff, 30, berkata ramai pengguna laman sosial memintanya bersetuju dan mengambil peluang tersebut.

"Sejujurnya, saya ada menerima tawaran menyanyikan lagu nasyid daripada beberapa orang komposer, tetapi masa itu hanya borak-borak kosong sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Trending No.1 tapi Bobo Dimana dapat lebih 100,000 tanda 'tidak suka'!

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen buat laporan mahu Youtube lenyapkan lagu 'Bobo Dimana' Aliff Syukri, Sajat

"Saya mungkin akan mempertimbangkan untuk menerima tawaran tersebut kerana semua lagu yang saya nyanyi asyik kena kecam sahaja.

"Saya harap anda semua tak kecam-kecam lagi, doakan yang terbaik untuk saya sebab manusia ini boleh berubah-ubah," katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini, Aliff Syukri menerima kritikan hebat netizen kerana lagu Bobo Dimana yang dianggap tidak sopan dan memaparkan unsur lucah.

Perbincangan Aliff dan isteri bersama Hafiz Hamidun memberi gambaran mereka bakal bekerjasama dalam lagu nasyid.

Lagu tersebut merupakan nyanyian penyanyi dangdut kontroversi Indonesia, Lucinta Luna yang berkolaborasi dengan Aliff Syukri dan seorang lagi usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman.

Sehingga kini, video muzik tersebut menjadi trending nombor satu di laman Youtube dan menerima hampir empat juta tontonan.

Sementara itu, menerusi Instagram isteri Aliff iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid ada memuat naik rakaman menunjukkan Aliff mengadakan pertemuan dengan penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun.

"Kita suruh Aliff nyanyi sebab Hafiz Hamidun dah buat lagu, tinggal nak nyanyi sahaja. Insya-Allah kita akan pastikan dia nyanyi lagu nasyid.

"Dia memang tahu suara dia tak berapa nak sedap tapi sebab suka nak jadi artis, kita usahakanlah dia jadi artis nasyid. Siapa sokong?," tanya Shahida.

Aliff Syukri

Artikel Lain