suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri hamil anak ketiga, Nabil harap dapat lelaki pula!

Nabil dan isteri berharap timang cahaya mata lelaki. Foto Instagram: @nabilzira

PELAWAK Nabil Ahmad mengakui teruja apabila isterinya, Nazirah Ayub atau Zira disahkan hamil anak ketiga yang kini kandungan berusia lima minggu.

Menurut Nabil, 34, dia dan isteri sudah merancang untuk menambah zuriat selepas anak keduanya berusia tiga tahun.

"Alhamdulillah, semalam doktor sahkan isteri saya hamil lima minggu.

"Saya dengan isteri memang rancang untuk tambah anak ketiga selepas anak kedua cukup tiga tahun," katanya kepada mStar Online.

Nabil berkongsi berita gembira di Instagram pada Isnin.

Nabil dan Zira berkahwin pada 30 September 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan bernama Naira Mikayla, 6, dan Leyla Medyna, 3 tahun.

Sementara itu, Nabil dan isteri turut mengharapkan agar mereka dikurniakan cahaya mata lelaki.

"Memandangkan saya sudah mempunyai dua orang anak perempuan, jadi yang ketiga ni saya harapkan lelaki pula.

"Ada kenalan dan ustaz yang berada di Makkah turut mendoakan saya. Insya-Allah, doa-doakan supaya kami dapat anak lelaki ya.

"Namun jika rezeki masih anak perempuan juga, kami terima dengan hati terbuka dan cuba lagilah nanti!," katanya.

Nabil Ahmad

Artikel Lain