Yayasan artis hulur sumbangan ringankan beban Zaibo - Hiburan | mStar

Yayasan artis hulur sumbangan ringankan beban Zaibo

Zaibo (kanan) menerima kunjungan ahli lembaga pengarah YKAT, (dari kiri) A. Rahman Hassan, Colin Lionel Edmonds dan DJ Dave. FOTO: YKAT

PETALING JAYA: Penderitaan pelawak Zaibo yang kini dirawat di Hospital Sungai Buloh dekat sini akibat kanser esofagus sedikit berkurangan apabila beliau dikunjungi teman artis selain menerima sumbangan daripada Yayasan Kebajikan Artis Malaysia (YKAT).

Menurut Presiden YKAT, Datuk DJ Dave, lawatan mereka itu bertujuan untuk memberikan semangat kepada Zaibo dalam melawan penyakit tersebut.

"Kami harap kehadiran rakan-rakan dari YKAT ini dapat memberikan semangat kepada Zaibo untuk melawan penyakit yang dihidapinya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya down, kenapa tahap 4?” - Zaibo lalui fasa sukar hidap kanser

Zaibo menerima sumbangan daripada YKAT.

Turut hadir menziarahi pelakon berusia 62 tahun ini ialah Ahli Pemegang Amanah YKAT, Datuk A. Rahman Hassan dan Colin Lionel Edmonds.

Zaibo atau nama sebenar Zainal Ariffin Abdul Hamid dimasukkan ke hospital berkenaan pada Isnin lalu.

Dalam kunjungan tersebut, YKAT turut menyerahkan sumbangan kepada pelawak yang terkenal menerusi sitkom Spanar Jaya itu.

"Semoga dengan sedikit bantuan yang diberi oleh kami ini dapat membantu Zaibo dan keluarga," kata DJ Dave.

Nash turut melawat sahabatnya itu.

Menerusi temubual dengan mStar Online pada Rabu, Zaibo mengakui sukar menerima berita sedih yang menimpa dirinya itu.

"Sejujurnya saya sangat terkejut. Saya bertanya pada diri, mengapa kanser?

"Saya tak sakit, kenapa tahap empat? Itu yang saya sedih," katanya.

Bagaimanapun, Zaibo berkata dia perlu bangkit daripada kesulitan yang dihadapinya demi insan-insan tersayang.

Antara rakan artis yang telah mengunjungi Zaibo ialah Norlia Ghani, Habsah Hassan, Datuk Nash dan Rupiah Suparman.

Zaibo , YKAT

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain