Haziq Hot FM terkejar-kejar isteri bersalin awal seminggu - Hiburan | mStar

Haziq Hot FM terkejar-kejar isteri bersalin awal seminggu

Haziq berdepan cabaran ketika kelahiran bayi keduanya Jumaat lalu. Foto: ART CHEN / The Star

PENYAMPAI radio Hot FM, Haziq berkata dia berdepan cabaran apabila isterinya iaitu Ayunda Putri, 26, melahirkan anak kedua mereka seminggu lebih awal daripada jangkaan doktor.

Menurut Haziq, 28, Putri dijangka melahirkan bayi mereka pada 7 September depan, namun doktor menyarankan pembedahan dilakukan pada Khamis lalu.

"Ikutkan bayi kami lahir 7 September tapi nampaknya dia tak sabar nak keluar awal, semasa itu kami ke hospital untuk buat pemeriksaan terakhir tapi doktor sarankan pembedahan dibuat segera atas faktor kesihatan.

"Jadi terkejar-kejarlah saya, sebab masih bekerja dan dalam masa sama perlu ke hospital serta uruskan anak pertama di rumah.

Cahaya mata kedua Haziq dilahirkan awal daripada jangkaan.

"Ahamdulillah semuanya dipermudahkan dan syukur ibu dan bayi selamat. Memang penat tapi saya seronok melalui pengalaman ini!," katanya kepada mStar Online.

Putri melahirkan bayi perempuan secara pembedahan dengan berat 2.85 kilogram pada pukul 5.30 petang.

Sementara itu, Haziq berkata bayinya itu masih belum mempunyai nama.

Haziq bersama isteri, Ayunda Putri dan anak sulung mereka, Nufael Heidy.

"Nama belum ada lagi, kami tak sempat nak fikir tentang nama, baby dah keluar dulu.

"Sekarang ini saya dan isteri sedang cari nama-nama yang indah dan kami akan gabungkan nanti," katanya yang mengakui tidak kekok menguruskan cahaya mata kedua ini.

Haziq dan Putri mendirikan rumah tangga pada 15 Julai 2016 selepas setahun mengikat tali pertunangan.

Mereka dikurniakan anak lelaki pertama bernama Nufael Heidy yang sudah berusia setahun pada 8 April tahun lalu.

Haziq Hot FM

Artikel Lain

Timbalan menteri di JPM meninggal dunia