suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Tahniah semoga sampai syurga...," komen ikhlas Sufian mengenai pertunangan Elfira

Sufian komen pertunangan Elfira Loy dengan usahawan. Foto EHSAN Astro Gempak.

PENYANYI Sufian Suhaimi tidak mengetahui mengenai pertunangan bekas tunangnya iaitu Elfira Loy dengan seorang lelaki bernama Faris yang didakwa berlangsung pada pagi Ahad.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Di Matamu itu mengucapkan tahniah dan mendoakan pasangan tersebut bahagia jika khabar itu benar.

"Saya tidak tahu, terima kasih tentang info itu. Saya ucapkan tahniah.

"Semoga bahagia sampai syurga," ujarnya kepada mStar Online, di sini.

Foto pertunangan Elfira dan Faris.- Foto sumber Astro Gempak.

Sufian berkata demikian bagi mengulas tentang laporan sebuah portal hiburan bahawa pelakon berkenaan selamat mengikat tali pertunangan dengan Faris Khairol Anuar kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Menurut laporan itu, majlis merisik dan bertunang itu diadakan secara tertutup di kediamannya, Alam Damai, Kuala Lumpur.

Hubungan Elfira, 24, dengan lelaki berkenaan mula dihidu beberapa bulan lalu apabila dia memuat naik foto bersama.\

Hubungan Elfira dengan jejaka itu mula dihidu beberapa bulan lalu.

Majlis tersebut dihadiri oleh beberapa artis yang juga rakan baik Elfira.

mStar Online cuba menghubungi pihak Elfira bagi mendapatkan pengesahan tentang majlis tersebut namun masih tidak berjaya.

Sebelum ini, Elfira pernah bertunang dengan Sufian Suhaimi pada 6 Oktober tahun lalu dalam sebuah majlis pertunangan besar-besaran, namun berakhir pada 18 Februari lalu.

Sufian Suhaimi, Elfira Loy

Artikel Lain