Presiden Papita, M Daud meninggal dunia akibat kanser prostat - Hiburan | mStar

Presiden Papita, M Daud meninggal dunia akibat kanser prostat

M. Daud (kiri) dikunjungi Presiden, Persatuan Penerbit Televiseyn Malaysia (PTVM) Datuk Jurey Latiff Rosli (tengah) dan juga pengarah drama Yusof Kelana ketika dirawat di hospital pada tahun lalu. FOTO: Datuk Jurey.

PRESIDEN Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (Papita), Datuk M Daud Wahid, 76, telah meninggal dunia pada 2.27 petang Isnin di Hospital Shah Alam.

Anaknya, Lizaninani M.Daud, 38, berkata Allahyarham meninggal dunia akibat kanser Prostat sejak setahun yang lalu.

Menurut Lizaninani, bapanya sudah seminggu dimasukkan ke hospital selepas mengalami sakit perut yang teruk.

"Beliau dimasukkan ke hospital pada Isnin lalu selepas mengadu sakit perut dan cirit-birit yang teruk.

"Hari Jumaat lalu, dia tak boleh bernafas sebab darah beku di jantung menyebabkan doktor terpaksa masukkan ubat untuk mencairkan darah itu.

"Keesokkan hari, abah dah okey. Tapi tak lalu makan. Pagi ini doktor beritahu abah dah tak bagi reaksi dan minta semua ahli keluarga datang.

"Kira-kira pukul 2.27 petang, abah telah menghembuskan nafas terakhir di hospital," katanya kepada mStar Online.

Tambah Lizaninani, ahli keluarga mengetahui tentang penyakit itu namun Allahyarham enggan melakukan pemeriksaan dan hanya bergantung pada ubat-ubatan.

"Abah memang ada kanser prostat tapi tak tahu kanser tu sudah ke tahap berapa sebab dia hanya makan ubat tanpa jalani rawatan doktor.

"Sepatutnya dalam masa terdekat ini, abah perlu jalani pemeriksaan sebab nak tahu lebih lanjut mengenai kanser tu," ujarnya.

Beliau meninggalkan seorang isteri bernama Datin Normala Shariff, 60, enam orang anak dan sembilan cucu.

Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Badak, Shah Alam pada Isnin.

Datuk M Daud

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain