Kecoh Amyra hamil... rupa-rupanya Julia Ziegler - Hiburan | mStar

Kecoh Amyra hamil... rupa-rupanya Julia Ziegler

Pasangan ini berkahwin pada November 2016 dan dikurniakan cahaya mata pada Oktober 2017.

PELAKON Amyra Rosli menafikan dirinya kini hamil anak kedua seperti yang tersebar di Internet baru-baru ini.

Isteri kepada pelakon Amar Baharin, 32, ini memberitahu perkara itu tidak benar sama sekali malah dia tidak mempunyai simtom-simptom hamil.

"Tidak benar (hamil), saya tidak periksa kerana tiada simptom-simptom hamil pun," katanya.

Amyra nafi hamil anak kedua.

Selasa lalu, berita kehamilan Amyra tersebar selepas didakwa telah didedahkan oleh aktres Julia Ziegler di laman sosialnya.

Bagaimanapun, menurut Amyra, terdapat salah faham menerusi foto berkenaan yang sebenarnya menjelaskan bahawa Julia Ziegler yang bakal menimang cahaya mata.

Dalam pada itu ketika ditanya tentang reaksi suaminya Amar Baharin berkaitan hal itu, Amyra berkata, pelakon Kerana Terpaksa Aku Relakan itu hanya terkedu.

Selain itu, menjawab soalan tentang cahaya mata lelaki atau perempuan yang diinginkan jika dia benar-benar hamil, Amyra berkata dia mahu kedua-duanya.

Berita kehamilan Amyra tersebar Selasa lalu di blog-blog hiburan.

Malah, dia tidak meletakkan sasaran berapa ramai jumlah anak yang dimahukan.

"Tidak kisah berapa ramai, selagi termampu," ujarnya.

Amyra dan Amar berkahwin pada November 2016 dan pasangan ini dikurniakan putera sulung iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia 10 bulan.

Amyra Rusli , Amar Baharin

Artikel Lain