suria

Rahim dah mengecut, isteri Amy Search sedia hamil lagi

Amy dan Nourish yang berkahwin pada 2003 mempunyai tiga cahaya mata.

ISTERI kepada penyanyi legenda Amy Search iaitu Nourish Hassan memberitahu perkembangan keadaan kesihatannya selepas mengalami keguguran baru-baru ini.

Menurut Nourish, doktor memaklumkan bahawa rahimnya sudah mengecut dan dia juga bersedia untuk hamil semula.

“Alhamdulillah selepas berjumpa doktor tadi, doktor beritahu rahim saya sudah mengecut dan bersih yang paling penting.

ARTIKEL BERKAITAN: “Degupan itu akhirnya terhenti” - Isteri Amy Search keguguran

Status Nourish tentang keadaan kesihatanya.

“Sekarang saya perlu kumpulkan kekuatan tenaga kembali. @aku.amysearch anda sudah bersedia?” ujarnya di Instagram.

Dalam pada itu, Nourish meminta pengikutnya mendoakan agar mereka diberikan rezeki zuriat sekali lagi.

"Insya-Allah doakan kami ada rezeki lagi selepas ini," tulisnya.

Amy bersama tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 14, Sania Samara, 13, dan Qaqa At-Tameemi, 9 tahun.

Pada 25 Mei lalu, Amy meluahkan rasa gembira mengenai kehamilan isterinya itu selain tidak sabar untuk bergelar bapa pada usia 60 tahun.

Bagaimanapun 5 Julai lalu, Nourish yang sedang hamil dua bulan mengalami keguguran.

Amy memaklumkan mengenai perkara itu selain meluahkan rasa sedih kehilangan bayi yang bakal dilahirkan.

Amy meluahkan rasa sedih apabila isterinya mengalami keguguran pada 5 Julai lalu.

Untuk rekod, Amy dan Nourish yang berkahwin pada 2003 dan mempunyai tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 14, Sania Samara, 13, dan Qaqa At-Tameemi, 9 tahun.

Amy turut mempunyai dua lagi anak iaitu Nabila Huda, 34, hasil perkahwinan pertama dengan Faridah Fadzil dan Irisha Myra, 21, perkahwinan ketiganya dengan Roslisa Ahmad.

Menerusi perkahwinan kedua dengan Noorliza Abdul Latiff mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Amy Search

Artikel Lain