Ardell kini berkerusi roda, netizen beri kata semangat - Hiburan | mStar

Ardell kini berkerusi roda, netizen beri kata semangat

Ardell kini berkerusi roda.

PELAKON yang dikhabarkan menderita penyakit kanser, Ardell Aryana memuat naik video berkerusi roda mendapat perhatian netizen.

Menerusi video tersebut, Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 28, berada di kerusi roda yang sedang disorong oleh ibunya telah menyentuh hati netizen.

Pada posting berkenaan, pelakon Cinta Hati Batu itu turut mengucapkan selamat ulang tahun kepada ibunya.

"Hari ini hari jadi mama saya, terima kasih kerana sabar, untuk doa dan usaha, semoga Allah merahmati mama. Selamat ulang tahun i love you.

"Anda bukan sahaja ibu tapi kawan baik, hadiah istimewa dari Allah untuk kita sebagai anak. Saya nak mama tahu nama mama sentiasa ada dalam doa saya," tulisnya.

Video yang dimuat naik pada Ahad itu kini mencecah 500,000 tontonan di Instagram dan lebih 2,000 komen pengikut laman sosial.

Rata-rata bertanya tentang penyakit sebenar yang dihidapi wanita itu.

Ada segelintir turut mendoakan kesihatan Ardel dan memberi kata-kata semangat kepada pelakon itu menempuhi ujian tersebut.

"Semoga cepat sembuh dan tabah menghadapi ujian ini," ujar netizen.

Sebelum ini, pelakon ini menimbulkan spekulasi apabila dikatakan sedang menghidap kanser tahap tiga.

Status yang dimuat naik di laman sosial Ardell yang seakan-akan menggambarkan keadaannya kini menguatkan lagi andaian itu.

Bagaimanapun, sehingga kini usaha mStar Online untuk mendapat kenyataan Ardell tidak berjaya dan dia masih mendiamkan diri.

Sebelum ini, pelakon Nadzmi Adhwa memuat naik status di laman Instagramnya menasihati Ardell supaya tidak cepat mengalah dengan ujian Allah.

Ardell Aryana

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain