suria

Kemelut Nora Danish, Fasha Sandha bakal tamat selepas ke mahkamah

Nora mahu menamatkan kemelut hubungannya dengan Fasha.

PELAKON Nora Danish akan menamatkan krisis hubungannya dengan aktres Fasha Sandha berkaitan kes sindir menyindir tahun lalu apabila mendapat perintah Mahkamah Tinggi Shah Alam dalam masa terdekat.

Pemilik nama sebenar Nora Mohd Danish Hanif, 39, berkata, ia dilihat sebagai jalan pendamaian terakhir hubungan kedua-dua selebriti yang bermasalah sejak bertahun-tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha & Nora Danish Saling Sindir-Menyindir, Apa Puncanya?

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya Dan Fasha Tak Baik, Tapi Saya Tak Halau Dia" - Nora Danish

"Between me against Fasha for defamation, I shall make a statment as soon as i receive the sealed order of the court which should be very soon. Very soon (Mengenai kes saman fitnah saya terhadap Fasha, saya akan membuat kenyataan sebaik sahaja saya menerima perintah mahkamah dalam masa terdekat). Korang nantikan okey," ujarnya.

Nora Danish mengharapkan pengakhiran yang baik. Foto: MUHAMAD SHAHRIL ROSLI

Nora ditemui pada majlis berbuka puasa bersama Sophie yang diadakan di Hotel Grand Hyatt, di sini, malam Rabu.

Dalam pada itu, pelakon Bukan Cinta Malaikat ini berharap ia adalah pengakhiran yang terbaik buat kedua-dua mereka.

"Apa yang saya akan beritahu nanti, inilah nokhtahnya. Ia akan jadi yang terakhir. Saya positif, sangat positif,"  ujarnya yang mahu kes itu diselesaikan secepat mungkin.

Fasha Sandha

Penjelasan Nora itu susulan laporan sebuah portal hiburan mendakwa Nora dan Fasha mungkin sudah berdamai selepas kedua-duanya dilihat hadir di Pejabat Mediasi, Mahkamah Tinggi Shah Alam, pagi Selasa lalu.

Pada Mei tahun lalu, kedua-dua aktres ini menjadi kontroversi apabila Fasha didakwa telah menuduh aktres itu menghalaunya pada sebuah majlis pertunjukkan fesyen.

Kemudian, Nora dalam satu sidang media 12 Mei 2017 menyatakan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon berkenaan yang dirasakan telah menjejaskan maruah keluarga dan perniagaannya.

Nora Danish, Fasha Sandha

Artikel Lain