suria

Ni kelakar! Disangka ‘grab car’ rupa-rupanya kereta Sufian Suhaimi

Seorang pemuda sempat bergambar bersama Sufian selepas tersilap masuk kereta penyanyi itu.

SEORANG pemuda tidak menyangka tindakannya memasuki sebuah kereta yang disangka Grab Car rupa-rupa kereta orang lain dan ia dimiliki penyanyi Sufian Suhaimi.

Pengguna akaun Twitter @bulanibnarhman mengakui kesilapannya memasuki kenderaan, namun terkejut apabila menyedari pemandunya ialah penyanyi lagu Di Mata Mu.

“Saya fikir ini adalah Grab Car yang saya tempah dan ia adalah pengajaran buat saya daripada Allah tapi hey... teka siapa pemandunya. Ia Sufian Suhaimi!” tulisnya di Twitter pada Selasa.

Tambahnya, dia berasa terlalu yakin, malah telah meletakkan bagasi yang dibawanya ke dalam kereta Sufian.

Selepas menyedari kesilapan itu, lelaki berkenan tidak melepaskan peluang untuk berswa foto bersama penyanyi berkenaan.


Sufian turut berkongsi status pemuda terbabit.

Sementara itu, Sufian turut memberitahu dia sedang bermain telefon sambil menunggu masa berikutan dia sampai lebih awal di sebuah lokasi daripada yang dijanjikan.

Namun, secara tiba-tiba seorang lelaki memasuki kereta dan duduk di tempat duduk belakang dengan yakin.

“Saya sedang bermain telefon di dalam kereta untuk membuang masa. Saya sampai awal sejam daripada masa yang ditetapkan.

“Kemudian lelaki ini dengan yakin buka pintu belakang kerana di sangka saya pemandu Grab.” tulisnya.

Tweet tersebut menerima hampir 10,000 perkongsian dan 5,000 tanda suka.

Rata-rata netizen terhibur dengan kejadian yang berlaku dan dianggap sebagai lucu.

Bagaimanapun, ada yang berpendapat Sufian perlu lebih berhati-hati dan mengunci keretanya  bagi mengelakkan perkara tidak diingini.

“Nasib baik tersalah kereta, kalau orang jahat sudah kena letak pisau di leher. Better lock your car in the future,” ujar netizen.

Sufian Suhaimi

Artikel Sebelum

Artikel Lain