Curahan kasih Rody buat isteri dalam 'Lukisan Cinta' - Hiburan | mStar

Curahan kasih Rody buat isteri dalam 'Lukisan Cinta'

Rody dan Nur Izwani berkahwin pada 27 April lalu. Foto Instagram @lvp.co & @niena_azmann

GITARIS kumpulan Kristal iaitu Rody memberitahu dia bersama isteri, Nur Izwani Azman bergabung tenaga menghasilkan sebuah lagu berjudul Lukisan Cinta nyanyian anak didiknya iaitu Mayuji sebagai menzahirkan rasa sayang di antara mereka berdua.

Rody berkata, idea menghasilkan lagu berentak balada rock itu tercetus ketika mereka sedang hangat bercinta dan Nur Izwani menulis liriknya.

"Idea menghasilkan lagu ini datangnya dari saya tetapi saya tidak begitu mahir untuk menulis liriknya dan saya beritahu isteri tentang apa yang ingin saya sampaikan dan dia menulis lirik lagu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Rody (Kristal) kini suami penjaga gol futsal kebangsaan

Mayuji penyanyi lagu Lukisan Cinta.

"Alhamdulillah dari asalnya saya ingin menghadiahkannya sebuah lagu tetapi ini ia sudah menjadi lagu kami dan luahan kami menerusi melodi dan lirik," katanya.

Lukisan Cinta yang dirakamkan dua bulan sebelum mereka berkahwin dinyanyikan oleh anak didik Rody dibawah syarikatnya iaitu Raw69 Music Records iaitu Mayuji.

Malah muzik video lagu berkenaan turut menampilkan Rody dan isterinya sebagai model.

Rody dan Nur Izwani yang juga pengaja gol futsal kebangsaan berkahwin pada 27 April lalu pada majlis yang diadakan di Hotel Kulai, Johor.

Lukisan Cinta kisah tentang pasangan ini.

Dalam pada itu, Rody berkata, Lukisan Cinta mengisahkan mengenai pasangan yang mempunyai latar belakang berbeza namun cinta telah menyatukan mereka.

Jelas Rody, walaupun lagu itu mengenai dirinya dan Nur Izwani namun ia juga dihasilkan untuk dinikmati oleh semua pendengar.

Bercakap mengenai perkembangan terbaharunya, Rody berkata dia baharu sahaja pulang daripada berbulan madu di Indonesia dan kini sedang sibuk dengan syarikat produksinya bagi mempromosikan artis dibawah naungannya Ryan Band, Azim Azimat dan Mayuji.

Rody Kristal , Luahan Cinta

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Timbalan menteri di JPM meninggal dunia