suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Yakin abang, suatu hari kita akan bersama"- Status Akim bikin netizen sebak

Akim luah perasaan sedih di Instagram mengenai Allahyarham ibunya yang meninggal dunia pada Sabtu lalu.

PENYANYI Akim Ahmad yang baharu kehilangan ibunya pada Sabtu lalu mengakui sukar melalui hari-harinya tanpa insan istimewa itu.

Akim atau nama sebenarnya, Afiq Hakim Ahmad, 27, memuat naik kata-kata mengambarkan perasaan sedihnya itu membuatkan netizen turut berasa sebak.

"Di suatu hari kita pasti akan bertentangan, di suatu hari kita pasti akan berpimpin tangan, di suatu hari kita pasti akan berpelukan, di suatu hari kita pasti akan bercumbuan, di suatu kita akan tersenyum dan bergelak tawa bersama.

"Yakin abang satu hari nanti kita akan bersama. Satu hari nanti akan tiba, tak sabar rasa menunggu masanya," ujar vokalis Akim & The Majistret pada Isnin.

Foto kenangan Akim bersama ibunya ketika menunaikan ibadah umrah.

Status yang dimuat naik beberapa jam lalu itu menerima lebih 500 komen pengikut yang mengucapkan takziah atas kehilangan tersebut.

Rata-rata netizen turut memberi kata-kata semangat kepada penyanyi lagu Mewangi ini agar terus kuat dan reda dengan pemergian ibunya.

Dalam pada itu, Akim membalas salah satu komen mengakui agak sukar bagi dirinya untuk melalui hari-hari tanpa seorang insan bernama ibu.

Ibu kepada penyanyi Akim iaitu Aminah Bahari, 54, meninggal dunia pada malam Sabtu.

Penyanyi itu menerusi Instagram memaklumkan perkara itu di Instagram miliknya, namun tidak memberitahu penyakit yang dihadapi wanita itu.

Akim Ahmad

Artikel Lain