suria

Siti Nordiana Dilamar Suami Orang, Lancar ‘Hatiku Milikmu’

Siti Nordiana muncul dengan video muzik terbaharu berjudul 'Hatiku Milikmu'. FOTO: Low Boon Tat

KUALA LUMPUR: Penyanyi Siti Nordiana mendedahkan dia pernah dilamar seseorang namun terpaksa menolaknya disebabkan lelaki itu sudah berkahwin.

Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana, 34, berkata, dia memahami perasaan wanita dan akan cuba untuk mengelakkan daripada melayan lelaki berstatus suami orang.

“Pernahlah juga ada orang ajak kahwin tapi saya terpaksa tolak sebab dia itu suami orang. Lagipun, saya memahami perasaan wanita.

Siti Nordiana menerima replika YouTube muzik videonya daripada Pengarah Urusan, Saventeen Eleven, Rosmin Hashim.

“Saya memang akan cuba mengelak daripada lelaki yang berstatus suami ni. Paling utama, jangan melayan mereka kalau mereka nampak berlebih-lebih.

“Kalau boleh saya tak nak cakap sangat tentang perkara ini. Sebab takut salah cakap, orang yang mengalami situasi itu terasa pula dengan kenyataan saya,” kata Nana kepada mStar Online.

Nana ditemui ketika majlis pelancaran muzik video lagu terbarunya, Hatiku Milikmu di Flora Terrace, di sini, pada Isnin.

Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Terus Mencintai ini merupakan ibu tunggal dan mempunyai seorang anak, Muhammad Nakhaie Rayyan yang kini berusia 10 tahun.

Fikry Ibrahim

Bekas suaminya, Allahyarham Mohd Faizal Yusup, 33, merupakan seorang pelakon dan meninggal dunia akibat serangan jantung pada 2011.

Semasa kejadian itu, mereka telah berpisah sebagai suami-isteri dan Allahyarham pula berkahwin lain.

Dalam pada itu, Nana teruja dengan pelancaran muzik video lagu terbarunya yang menjalani penggambaran di Krabi, Thailand dan sekitar Kuala Lumpur pada Mac lalu.

Muzik video yang diarahkan oleh produksi Storytellers itu menampilkan dua pelakon lelaki iaitu Fikry Ibrahim dan Alvin Chong.

Alvin Chong

“Alhamdulillah, muzik video lagu terbaru saya itu dah dilancarkan pada hari ini. Kami menjalani penggambaran di Krabi, Thailand dan Kuala Lumpur pada bulan lalu.

“Saya pernah bertanya pada peminat di Instagram, nak siapa untuk tampil dalam muzik video saya.

“Rata-rata mereka memilih Fikry dan Alvin. Kebetulan mereka berdua kawan saya, jadi lebih senang untuk bekerjasama,” ujarnya.

Muzik video Hatiku Milikmu itu sudah mencecah hampir 10,000 tontonan dalam masa dua jam dimuat naik di saluran YouTube rasmi, Seventeen Eleven Music pada Isnin.

Siti Nordiana

Artikel Sebelum

Artikel Lain