suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda Johor Suami Cristina Suzanne, Peminat Terkejut Tiba-Tiba Nikah

Cristina selamat bernikah dengan lelaki yang dikenali sebagai M Faiz pada Sabtu. Foto Instagram: @sitifaizaamira.

PELAKON Cristina Suzzane mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan sudah bernikah pada Sabtu.

Cristina atau nama sebenarnya Cristina Suzanne Stockstill, 33, berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagramnya.

Pelakon wanita itu memuat naik sekeping foto pernikahan dengan lelaki yang dikenali sebagai M Faiz Zakaria yang berasal dari Johor.

Ruang komen di foto tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada rakan artis antaranya Nadia Brian, Thanuja dan Deanna Yusoff.

Cristina berkongsi berita gembira menerusi laman Instagramnya.

"Congratulations baby girl," tulis Nadia Brian.

Menerusi carian mStar Online, majlis berinai pasangan itu telah diadakan pada Jumaat lalu manakala majlis akad nikah pula berlangsung pada Sabtu.

Pengkongsian itu dibuat menerusi laman Instagram pemilik akaun bernama Siti Faiza Amira yang turut memuat naik foto-foto ketika dua majlis itu berlangsung.

Cristina Suzzane

Artikel Lain