suria

“Kami Bukan Kaki Perempuan” - Floor88

Menurut Floor88, single terbaru, Aqilah itu idea yang dicipta oleh pemain gitar mereka. Foto Instagram: @floor88official.

KUMPULAN Floor88 berharap peminat tidak menganggap mereka 'kaki perempuan' memandangkan single kedua turut menggunakan nama wanita iaitu, Aqilah.

Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah, 21, berkata lagu tersebut hanyalah kesinambungan single pertama, Zalikha.

"Saya harap peminat tak anggap kami ini kaki perempuan memandangkan lagu kedua pun nama Aqilah.

"Lagu itu dicipta sekadar untuk kesinambungan daripada lagu pertama iaitu Zalikha. Ia hanya watak imaginasi yang diilhamkan oleh pemain gitar, Zai," kata vokalis Floor88 kepada mStar Online.


Video muzik lagu terbaru Floor88 mendapat 16 ,000 tanda suka.

Tambah Ayie lagi, pada mulanya mereka bimbang dengan single kedua, Aqilah tidak mendapat sambutan seperti lagu pertama, Zalikha.

Malah, dia dan ahli kumpulannya mempunyai lagu simpanan yang lain jika single tersebut tidak berjaya.

"Pada awalnya, kami sangat takut nak keluarkan single kedua ini. Bimbang tidak dapat sambutan seperti lagu Zalikha.

"Tapi kami ada perancangan dimana kalau lagu itu tidak berjaya, kami akan cuba keluarkan single yang lain pula," ujarnya.

Floor88 bimbang lagu kedua mereka tidak mendapat sambutan seperti lagu pertama.

Selain Ayie, Floor 88 dianggotai Amir (pemain gitar), Zai (pemain gitar utama), Akram (drum), Eric (keyboard) dan Falique (pemain bass) .

Video muzik lagu tersebut kini mendapat tempat keempat trending di YouTube dan lebih 560,000 tontonan selepas dilancarkan pada Isnin lalu.

Dalam pada itu, Ayie memberitahu mereka tidak sangka lagu tersebut mendapat sambutan biarpun baru sahaja dilancarkan.

"Memang luar jangkaan kami. Tak sangka dapat sambutan biarpun baru sahaja dilancarkan pada Isnin lalu.

"Alhamdulillah, kami bersyukur ramai peminat suka dengan lagu terbaru itu," katanya.

Floor88

Artikel Berikut

Artikel Lain