suria

Adakah Anda Setuju Mira Filzah ‘Kembar’ Vivy Yusof?

Orang awam salah tegur, ingat Mira Filzah adalah Vivy Yusof.

PELAKON Mira Filzah pernah ditegur oleh orang awam yang menyangkakan dia adalah usahawan terkenal iaitu Vivy Yusof.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 25, berkongsi cerita ketika dia berada di gedung perabut terkenal iaitu Ikea, Cheras pada Isnin menerusi laman Twitternya.

"Semalam pergi Ikea Cheras, ada orang tegur, tumpang tanya, awak Vivy Yusof eh?" Bila kita toleh baru dia macam ha salah orang rupa-rupanya.

"Mungkin dari jauh ada nampak iras Vivy Yusof?" kata Mira.

ARTIKEL BERKAITAN: Mira Filzah Umum 'Berehat' Guna Media Sosial, Apa Sebabnya?

Status yang dimuat naik Mira di laman Twitter.

Rata-rata pengikut di laman sosial turut bersetuju wajah pengacara Nona itu seiras dengan pengasas Fashion Valet.

Malah, mereka juga mengatakan pelakon drama Meh Sandar Lagi itu lagi cantik daripada Vivy Yusof.

"Hahahhaha ada lah sikit-sikit tapi orang yang dah biasa jumpa kak Mira, dari jauh dah tahu tu kak Mira.

"Mungkin kak Mira kembar Vivy. Haha... Cara pemakaian itu sama agaknya.

Antara komen-komen pengikutnya.

"Haah iras Vivy Yusof tapi sis lagi cantik," kata beberapa orang pengikut di Twitternya.

Sebelum ini, Mira mengejutkan peminatnya apabila mengambil keputusan untuk berehat daripada media sosial buat sementara waktu pada 16 Februari lalu.

Menurut Mira, keputusan itu dibuat bukan kerana tidak tahan dengan komen dan kritikan negatif netizen terhadap dirinya.

Bagaimanapun selepas empat hari mendiamkan diri, pelakon wanita itu kembali menceriakan pengikutnya di laman sosial.

Mira Filzah, Vivy Yusof

Artikel Sebelum

Artikel Lain