suria

Pelakon Elvina Mohamad Bakal Kahwin Datuk Muda

Elvina bersama bakal suaminya Haniff. FOTO: SHAARI CHE MAT / The Star

PELAKON Elvina Mohamad mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan usahawan muda iaitu Datuk Haniff Borhan.

Elvina, 23, memberitahu pernikahan mereka akan diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada 18 Mac ini.

Manakala, majlis resepsi bakal diadakan di lokasi sama pada 24 Mac.

"Alhamdulillah, saya ingin mengumumkan mengenai hari pernikahan saya yang bakal berlangsung pada 18 Mac ini.

"Bakal suami saya merupakan seorang usahawan berusia 32 tahun dan kami memilih bulan ini untuk mendirikan rumah tangga," katanya kepada mStar Online.


Elvina Mohamad

Pelakon drama Bila Tuhan Berbisik ini membuat pengumuman tersebut di Alexis, The Gardens, Kuala Lumpur pada Rabu.

Sementara itu, Elvina berkata dia sudah mengenali pemuda itu pada tahun 2016 dan mula serius menjalinkan hubungan cinta sejak tahun lalu.

"Kami dah kenal dua tahun lalu dan bertemu semula tahun lalu dan mula serius bercinta.

"Semuanya berlaku begitu pantas dan dia melamar saya pada Januari dan kami terus buat perancangan kahwin secepat mungkin," katanya.

Elvina Mohamad

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain