suria

Alif Muhaimin Diajak Lakukan Seks

Alif Muhaimin terkejut menerima mesej peribadi lucah daripada individu tidak dikenali di laman sosial. Foto: ART CHEN / THE STAR

JUARA Hero Remaja 2017, Alif Muhaimin mendedahkan pernah menerima foto lucah daripada individu tidak dikenali di laman Instagram.

Alif, 24, berkata dia terkejut apabila individu berkenaan bertindak berani dengan menghantar gambar kemaluan secara terbuka.

"Baru-baru ini saya menerima foto kemaluan daripada seseorang di laman Instagram.

"Sungguh memalukan tindakan itu, saya tak pasti sama ada itu akaun asli atau palsu," katanya kepada mStar Online.

Alif abaikan mesej nakal peminat.

Sementara itu, Alif berkata dia turut ditawarkan sejumlah wang untuk melakukan hubungan seks.

Bagaimanapun, dia hanya mengabaikan sahaja mesej tersebut dan menganggap ia hanyalah usikan nakal peminat.

"Saya juga pernah menerima tawaran mengadakan hubungan seks. Terkejut dan tak sangka ada yang berani membuat tawaran begitu.

"Apabila menerima mesej macam itu, saya abaikan sahaja. Nak baca pun tak sanggup dan malu," ujar penuntut bidang sains aktuari daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam ini.

Alif mahu serius dalam industri seni.

Dalam pada itu, Alif menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa lelaki yang gemar menayangkan tubuh badan dan menjaga penampilan diri merupakan golongan yang mengamalkan gaya hidup songsang.

Ujarnya, lelaki turut memerlukan penjagaan diri dan tambahan pula bergelar seorang selebriti.

"Sekarang ini lelaki juga perlu menjaga kekemasan diri. Bukankah kebersihan itu satu kewajiban. Lagi pula sebagai artis, hal penampilan ini menjadi keutamaan," katanya.

Bercakap mengenai karier lakonan, Alif kini sedang menjalani penggambaran drama Tak Ada Cinta Sepertimu yang bakal disiarkan di Astro tidak lama lagi.

Alif Muhaimin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain