“Sumpah Saya Tak Tahu” - Ibu Mertua Farid Kamil - Hiburan | mStar

“Sumpah Saya Tak Tahu” - Ibu Mertua Farid Kamil

Farid Kamil berkongsi foto dia di sebuah balai polis menimbulkan tanda tanya.

PETALING JAYA: Ibu mertua Datuk Farid Kamil iaitu Norsiah Ramli berkata dia tidak mengetahui punca sebenar menantunya membuat laporan polis pada petang Rabu.

Norsiah berkata, dia juga terkejut apabila membaca laporan portal berita dalam talian Kosmo! yang mengatakan Farid membuat laporan polis berhubung hal rumah tangga bersama isteri yang juga anaknya, Datin Diana Danielle.

"Saya baru tahu dan terkejut. Sumpah saya tak tahu apa-apa," katanya kepada mStar Online menerusi kiriman mesej WhatsApp.

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Bela Orang Teraniaya... Apa Farid Buat Di Balai Polis?

mStar Default Image
Farid Kamil dan Diana Danielle

Portal tersebut yang memetik kenyataan sumber mendakwa, Farid, 37, memohon untuk membenarkan adiknya, Anis Anwar Zahari memasuki kediaman di Casa Tropicana, Damansara untuk mengambil barang peribadinya di sana.

Dalam laporan itu Pelakon filem Tombiruo: Penunggu Rimba tersebut dipercayai memaklumkan kedua-dua anaknya iaitu Muhammad dan Aurora berada dalam jagaannya pada malam laporan dilakukan pada 18 Januari lalu sehari selepas dibebaskan polis dengan ikan jamin.

Dalam pada itu, Norsiah enggan mengulas lanjut mengenai isu rumah tangga membabitkan Farid dan Diana.

Norsiah Ramli

Terdahulu, pada Rabu, Farid Kamil memuat naik foto di hadapan Balai Polis Mutiara Damansara, di sini sambil memegang salinan laporan polis meminta agar orang ramai mendoakan perjuangannya mahu membela orang teraniaya.

Ia dipercayai gambar lama yang pernah dirakamkan sebelum ini.

Pada 11 Januari lalu Farid Kamil ditahan selepas dipercayai mengamuk dan menyerang seorang anggota polis, selain dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara dan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan terhadapnya.

Dia dibebaskan dengan ikat jamin pada 17 Januari lalu.

Farid Kamil

Artikel Sebelum

Alif Muhaimin Diajak Lakukan Seks

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain