suria

Diana Hadir Ke Mahkamah, Farid Luah Rasa Cinta

Diana turut hadir memberi sokongan pada suaminya, Farid. Foto: KAMARUL ARIFFIN.

PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil sempat meluahkan rasa cinta terhadap isteri, Datin Diana Danielle yang hadir ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa.

Farid ketika dibawa berjalan masuk ke bilik reman turut menyatakan rasa rindu terhadap dua anak mereka, Muhammad dan Nur Aurora selain memberitahu dia berada dalam keadaan baik.

“Alhamduilillah, saya baik sahaja. Saya rindu anak-anak. Saya sayang Diana,” katanya.

Terdahulu, Diana dilihat hadir ke mahkamah bagi memberi sokongan terhadap suaminya selain ditemani oleh adik kepada Farid iaitu Fadzil Zahari.

Diana hadir ke mahkamah.

Farid dibawa ke mahkamah tersebut bagi menunggu keputusan sama ada reman terhadapnya akan disambung atau dia akan dibebaskan selepas tempoh remannya berakhir pada Selasa.

Pelakon filem Tombiruo ini telah menjalani tempoh reman selama empat hari bermula Jumaat lalu dan berakhir pada Isnin namun disambung sehari sehingga Selasa (hari ini).

Pelakon berusia 37 tahun ini telah ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang menyebabkan kecederaan.

Selain itu, Farid juga direman mengikut Seksyen 90 Akta Polis,  Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Farid Kamil, Diana Danielle

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain