suria

Raja Afiq Tayang Kekasih Elak Digelar 'Kaki Perempuan'

Raja Afiq terbuka kongsi kisah cinta untuk elak digelar 'kaki perempuan'. Foto LOW LAY PHON.

PELAKON Raja Afiq memilih untuk terbuka bercerita mengenai hubungan cintanya dengan seorang wanita bernama Nur Shafirah.

Raja Afiq atau Raja Muhammad Afiq bin Raja Razali, 24, berkata, lebih baik dia berkongsi perkara tersebut supaya tidak ada pihak yang mengelarnya 'kaki perempuan'.

"Saya rasa tak salah untuk berkongsi mengenai hubungan cinta. Lebih baik saya umum yang saya ada kekasih.

"Takut nanti orang luar nampak saya dengan perempuan, mereka kata saya ini kaki perempuan pula. Bukannya saya buat perkara yang tidak elok kan.

"Saya cuma tak nak orang gelar saya seperti itu sahaja. Bukan niat nak menunjuk atau tidak serik dengan pengalaman terdahulu," kata Raja Afiq kepada mStar Online.

Raja Afiq ditemui ketika di pertandingan akhir Pencarian Gadis Panca-NR 2017 di Pejabat Utusan Malaysia, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Raja Afiq akui hubungannya dengan wanita berusia 25 tahun ini serius. Foto Instagram @rajaafiqofficial.

Pelakon drama Sayangku Kapten Mukhriz itu kerap memuat naik foto bersama kekasih yang berusia 25 tahun di laman sosialnya.

Terdahulu, Raja Afiq pernah menjalinkan hubungan dengan pelakon dan pengacara Anis Al-Idrus namun berakhir pada pada Oktober 2016.

Dalam pada itu, pelakon lelaki ini mengakui serius dengan hubungan mereka namun belum terfikir untuk ke peringkat seterusnya.

"Saya memang serius dengan dia. Hubungan kami pun dah lebih setahun. Tapi buat masa ini, belum lagi terfikir untuk berkahwin.

"Tidak ada perancangan untuk ke peringkat seterusnya. Insya-Allah doa yang baik-baik untuk kami," ujarnya.

Kata Raja Afiq, dia mahu memberi tumpuan pada karier untuk tahun ini dan bersyukur memiliki kekasih yang memahami.

"Untuk tahun ini saya nak fokus dengan karier lakonan. Nak jadi yang lebih baik dan Insya-Allah saya target nak berlakon dalam sinetron di Indonesia.

"Alhamdulillah, kekasih saya pun seorang yang sangat memahami," katanya.

Raja Afiq

Artikel Lain