suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Melampau Panggil Fathia Kafir

Fathia Latiff

PELAKON kontroversi Fathia Latiff kecewa apabila salah seorang netizen meninggalkan kata-kata negatif selepas dia memuat naik foto lama tidak bertudung.

Fathia atau Nur Fathia Abdul Latiff, 30, berkata, tuduhan pemilik akaun Nur Farhanim yang mendakwa dia mahu menjadi kafir itu terlalu melampau buat dirinya.

"Kalau ye pun tak setuju saya post gambar throwback tidak bertudung, janganlah sampai panggil saya nak jadi kafir. Tuduhan ini sangat melampau.

"Kafir adalah sangat sensitif " tulisnya di Instgram pada Khamis.

Fathia kesal komen negatif netizen.

Foto lama ketika dia masih tidak bertudung itu dimuat naik oleh Fathia pada petang Rabu lalu mendapat perhatian netizen.

Rata-rata tidak bersetuju dan mengandaikan, pelakon drama Ariana Rose itu mahu mengikuti jejak langkah Uqasha yang mengambil keputusan untuk membuka tudung.

Segelintir netizen pula berharap agar Fathia istiqamah dan terus kekal dengan imej menutup aurat.

Bagaimanapun, pemerhatian mStar Online mendapati, pelakon tersebut baharu sahaja memadam foto berkenaan setelah hampir 24 jam dimuat naik.

Fathia Latiff

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain