suria

“Ia Bukan Arahan Saya” – Syamsul Yusof

Syamsul hanya memegang watak utama menerusi filem Marikfat Cinta yang bakal ditayangkan pada tahun depan. Foto: IZZRAFIQ ALIAS.

PENGARAH Syamsul Yusof memberitahu ramai pihak yang beranggapan filem terbaru lakonan dia, Makrifat Cinta adalah terbitan dan arahannya.

Syamsul, 33, berkata dia hanya memberi nasihat dan berkongsi beberapa idea dengan pengarah filem tersebut, Kamal G.

"Filem itu bukan terbitan dan arahan daripada saya. Mungkin ramai yang ingat filem itu saya punya sebab saya pelakon utama.

"Tapi saya ada la beri nasihat dan berkongsi sedikit idea dengan pengarah filem itu, Kamal G," kata Syamsul kepada mStar Online.


Kamal G (kanan) merupakan pengarah filem Makrifat Cinta bersama barisan pelakon utama.

Syamsul ditemui ketika majlis sidang media pra-tonton trailer filem Makrifat Cinta di TSR Cinemax, IRDKL Mall, Shah Alam pada Rabu lalu.

Selain Syamsul, filem terbitan Dhananwoodd Films Sdn Bhd ini turut dibintangi Nora Danish, Nabila Huda, Datuk Adi Putra, Datuk Aznil Nawawi, Sabrina Ali dan Puteri Balqis.

Filem tersebut akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 1 Februari 2018.

Bercerita mengenai kehidupan peribadi, Syamsul mengakui waktu kerjanya agak terganggu sebab memikirkan anaknya, Syaikhul Islam.

Keluarga bahagia Syamsul dan Puteri Sarah.

Biarpun Syamsul penat bekerja dan memerlukan tidur yang secukupnya, namun kepenatan itu hilang apabila pulang ke rumah.

"Kadang-kadang bila waktu bekerja saya terganggu sebab fikir nak balik rumah cepat, tengok anak.

"Biarpun penat, kerja banyak dan perlu tidur, bila nampak anak hilang semua penat," ujarnya.

Syamsul dan Puteri Sarah Liyana berkahwin pada 2014 dan dikurniakan anak, Syaikhul Islam yang kini berusia lapan bulan.

Artikel Berikut

DJ Lin Tunggu Fattah, Fazura

Artikel Lain